Dasar Kementerian

Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak kandungan ini

VISI
Membangunkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

MISI
Bekerjasama dengan semua penggiat industri untuk meletakkan industri pelancongan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi yang lestari.

DASAR PELANCONGAN NEGARA
Menjadikan Industri Pelancongan Negara sebagai satu sektor utama, lestari, berdaya maju dan berkualiti dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara.
  • Memperkasakan komuniti luar bandar melalui aktiviti pelancongan luar bandar.
  • Memangkin pembangunan 1Malaysia melalui aktiviti pelancongan.

FUNGSI
  • Menggubal dasar pelancongan negara bagi mencapai visi, misi dan objektif kementerian.
  • Melaksanakan dasar-dasar berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan industri pelancongan.
  • Menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan program dan projek pelancongan.

DASAR KUALITI

Kementerian Pelancongan komited terhadap penyampaian perkhidmatan industri pelancongan yang berkualiti kepada pelanggan berdasarkan MS ISO 9001:2000.

Kementerian Pelancongan sentiasa melaksanakan penambahbaikan berterusan terhadap Sistem Pengurusan Kualitinya untuk meningkatkan keberkesanan sistem yang dilaksanakan.

Hit
Terakhir Dikemaskini
Kongsikan Kandungan Ini
14366 18 Mei 2011