Selamat Datang ke Portal Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Senarai Homestay di Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Penutupan Sementara Semua Kaunter MM2H Sehingga 30 April 2020

1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik berikutan penularan wabak itu ke 123 negara dan wilayah di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, WHO telah meminta semua negara mengambil tindakan agresif untuk mengekang serta memerangi virus berkenaan. Bagi mengekang penularan wabak ini, Kerajaan Malaysia telahpun mengenakan sekatan perjalanan terhadap warganegara daripada China, Korea Selatan, Jepun, Iran dan Itali.

2. Sebagai langkah pencegahan, saya mengarahkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menutup semua kaunter di Pusat Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) di Aras 1 dan Aras 10 berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April 2020. Keputusan dibuat setelah mengambil kira kebanyakan pengunjung yang datang adalah warga asing daripada pelbagai negara. Langkah ini juga penting bagi mengurangkan kebarangkalian penyebaran wabak COVID-19 oleh pengunjung warga asing kepada petugas di Pusat MM2H.

3. Berikutan itu, sebarang permohonan berkaitan MM2H perlu menepati prosedur-prosedur seperti berikut:
  1. Semua permohonan baru hanya boleh dikemukakan melalui pos. Bagi lain-lain permohonan seperti permohonan pengeluaran simpanan dan penamatan, dokumen-dokumen permohonan boleh dikemukakan melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
  2. Bagi permohonan yang melibatkan pembayaran di Kaunter Imigresen di Pusat MM2H, pemohon perlu membuat temujanji dengan Pegawai Imigresen di Pusat MM2H terlebih dahulu.
  3. Semua pengendorsan permohonan baru akan ditangguhkan.
  4. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Pusat MM2H di talian 03-8891 7424.

4. Penutupan sementara kaunter di Pusat MM2H tidak akan menjejaskan segala urusan berkaitan dengan program ini dengan adanya prosedur alternatif yang telah dikemukakan. Pembukaan semula kaunter akan dimaklumkan kelak.

5. Saya ingin memberi jaminan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia komited dalam menangani isu penularan wabak COVID-19 selaras dengan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Dato' Sri Hajah Nancy Shukri
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
15 March 2020

- TAMAT -

Dikeluarkan oleh:
Pejabat Menteri,
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000 Fax: 03-88917181
Laman Sesawang: www.motac.gov.my
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
FB: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Instagram: mymotac
Twitter: mymotac
Kemaskini Terakhir :