Kursus Mesra Malaysia
Apakah itu Mesra Malaysia?
- Program Mesra Malaysia didakan bertujuan untuk membentuk dan memelihara tenaga kerja industri pelancongan yang berkebolehan untuk memberikan khidmat pelanggan yang mampan dan mampu berdaya saing secara global.
- Memberi khidmat dengan mesra amatlah penting dalam mewujudkan kesan yang mendalam pada pelanggan. Mesra Malaysia menggalakkan rakyat Malaysia supaya sentiasa memberi khidmat pelanggan yang berkualiti dan melayan pelanggan dengan sopan, mesra dan profesional pada setiap masa.
- Mengenali kepentingan industri pelancongan dan pentingnya seseorang wakil bersikap mesra, sopan dan professional.
- Memahami kepentingan kepentingan serta perlunya memperoleh kemahiran khidmat pelanggan yang unggul serta memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
- Memahami proses komunikasi, halangannya serta menggunakan teknik-teknik komunikasi secara berkesan.
- Menggunakan teknik yang berkesan dalam menangani masalah pelanggan.
- Seminar yang diadakan selama sehari ini terbuka kepada Institut Latihan Pelancongan, Organisasi Pelancongan, Pengusaha-Pengusaha Hotel & Resort dan sebagainya.
- Kursus ini boleh dikendalikan oleh tenaga pengajar yang telah dilatih khas oleh Kementerian ini. Bayaran maksimum yang boleh dikenakan oleh tenaga pengajar kepada peserta ialah RM150.00 seorang.
- Pada akhir kursus setiap peserta akan diberikan Sijil Mesra Malaysia dan lapel pin daripada Kementerian Pelancongan.







