Sindikasi

PAUTAN DALAMAN

Intranet
Webmail

Hits

You are here: LAMAN UTAMA arrow Lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan
Lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan PDF Cetak

GARIS PANDUAN PERMOHONAN BARU LESEN PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN / AGENSI PENGEMBARAAN

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui langkah seperti berikut  :                                                BANTUAN  →  MUAT TURUN  →  PELESENAN.

  1. Pemohon mestilah sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
  2. Permohonan hendaklah dengan mengemukakan satu (1) salinan Borang 1 (Peraturan 3) atau dua (2 ) salinan jika di hantar ke Pejabat Pelesenan Wilayah.
  3. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti dilampirkan dan borang permohonan tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengarah dan dilengkapi dengan cop syarikat.
  4. Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan melalui Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.
  5. Menyertakan fi pemprosesan sebanyak RM100.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  6. Pemohon hendaklah menjelaskan kompaun mengikut AIP 1992 sebelum permohonan diproses (jika ada).
  7. Sekiranya permohonan diluluskan, Kementerian akan mengeluarkan Surat Kelulusan sementara bagi tempoh Dua (2) bulan bagi tujuan penyediaaan Premis Operasi dan perniagaan boleh dijalankan apabila perjanjian penyewaan pejabat, pelan lantai dan permis operasi telah disediakan.
  8. Lesen dan Sticker akan hanya dikeluarkan apabila keperluan ruang premis dipenuhi (dinyatakan dalam surat kelulusan) ,dokumen-dokumen yang perlu di sertakan, fi pelesenan telah dijelaskan oleh pemohon dan menjadi ahli MATTA.

MAKLUMAT PENUBUHAN SYARIKAT PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN / AGENSI PENGEMBARAAN

  1. Nama yang digunakan oleh syarikat hendaklah sesuai dan melambangkan sebuah syarikat perniagaan pelancongan atau agensi pengembaraan. Contoh : Asia Travel, Asia Tours , Asia Travel & Tours, Asia Holidays, Asia Leisure, Asia Vacation, Asia Adventure, Asia Kembara.
  2. Jenis Lesen Perniagaan yang dilesenkan :
    • Perniagaan Pengendalian Pelancongan
      1. Pelancogan Dalam Negeri (Inbound)
      2. Pelancongan Luar Negeri (Outbound)
      3. Perniagaan Agensi Pengembaraan (Ticketing)
  3. Kertas Kerja hendaklah mengandungi maklumat seperti Objektif penubuhan syarikat, Kumpulan sasaran perniagaan, Kaedah Pemasaran, Maklumat Latarbelakang Lembaga Pengarah (beserta dokumen sokongan), Pakej Pelancongan yang ditawarkan, Surat Hubungan Kerjasama Perniagaan dengan Agensi Pelancongan Luar Negara. (jika berkaitan)
  4. Jumlah pegangan Modal Saham Berbayar
  5. Warganegara
  6. Ekuiti Asing (Individu / Syarikat) hanya dihadkan kepada Maksima 30%.
  7. Bagi Syarikat Pemegang Saham dan Ahli Lembaga Pengarah Oleh Ekuiti Asing permohonan Outbound tidak dibenarkan.

MODAL BERBAYAR

  • Dalam Bandar-Bandar Utama (Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Putra Jaya, Shah Alam, Johor Baharu, Ipoh, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu dan Kuching) - RM200,000.00 bagi satu atau mana-mana dua atau tiga kombinasi jenis perniagaan.
  • Luar Bandar-Bandar Utama
    • RM200,000.00 bagi ketiga-tiga kombinasi jenis Perniagaan Pelancongan (Inbound, Outbound & Ticketing) dan ( Outbound sahaja).
    • RM150,000.00 bagi kombinasi jenis Perniagaan Pelancongan (Inbound & Ticketing)
    • RM 100,000.00 bagi Perniagaan Agensi Pengembaraan ( Ticketing)
    • RM 50,000.00 bagi Perniagaan Pelancongan Dalam Negeri ( Inbound )

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

  1. Salinan Akta Syarikat 1965 yang telah disahkan benar oleh Pejabat Pendaftar Syarikat.
  2. Salinan Memorandum dan Tataurusan Syarikat
  3. Salinan Borang 9 (Certificate of Incorporation of Privtae Company)
  4. Salinan Borang 13 (Certificate of Incorporation on Change of Name of Company)
  5. Salinan Borang 24 (Returned of Allotment of Shares)
  6. Salinan Borang 25 (Statement Containing Particulars of Shares Alloted Ortherwise than For Cash)
  7. Salinan Borang 32A – Form of Transfer of Securities.
  8. Salinan Borang 49 (Return Giving Particlars in Register of Directors, Managers and Change of Particulars.
  9. Salinan Sijil pemegang saham bagi setiap pemegang saham modal berbayar.
  10. Dua (2) keping Gambar berukuran pasport terkini bagi setiap Ahli Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham Modal Berbayar.

DOKUMEN SOKONGAN

  1. Salinan sijil-sijil akedemik Lembaga Pengarah / Pemegang Saham / kakitangan.
  2. Surat pengesahan pengalaman dalam bidang pelancongan Lembaga Pengarah / Pemegang Saham atau kakitangan syarikat.
  3. Surat hubungan kerjasama perniagaan Agensi Luar Negara (jika berkaitan).
  4. Pakej-pakej (Outbound) yang ditawarkan jika berkaitan.
  5. Surat sokongan dari pihak yang berkaitan (jika ada).

GARIS PANDUAN PERMOHONAN TAMBAH BIDANG PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN / AGENSI PENGEMBARAAN  

  • Pemohon hendaklah mengemukakan Borang 1 (Peraturan 3) permohonan tambah bidang dengan menyertakan objektif dan keperluan penambahan bidang.
  • Menyertakan fi pemprosesan sebanyak RM100.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  • Permohonan lesen tambah bidang adalah dibenarkan setelah syarikat beroperasi dengan aktif melebihi 1 tahun.
  • Lesen Ibupejabat hendaklah sah sebelum tambah bidang baru dipohon.
  • Permohonan hendaklah mempunyai perolehan tahunan yang memberangsangkan dengan mengemukakan penyata kewangan beraudit yang terkini.
  • Permohonan tambah bidang Outbound tidak dibenarkan bagi syarikat yang mempunyai warganegara asing dalam Ahli Lembaga Pengarah atau Pemegang Saham .
  • Sekiranya modal berbayar tidak mencukupi, syarikat hendaklah membuat penambahan modal berbayar.
  • Pemohon hendaklah menjelaskan kompaun mengikut AIP 1992 sebelum permohonan diproses (jika ada).
  • Fi Lesen hendaklah dijelaskan dan mengembalikan lesen asal untuk dipinda bagi pengeluaran lesen yang baru .

DOKUMEN SOKONGAN  

  • Permohonan bidang Outbound - Surat hubungan kerjasama perniagaan Agensi Luar Negara hendaklah disertakan.
  • Surat pengesahan pengalaman dalam bidang pelancongan outbound dan inbound Ahli Lembaga Pengarah / Pemegang Saham atau kakitangan syarikat.
  • Pakej-pakej (Inbound/Outbound) yang ditawarkan (jika berkaitan).

FI LESEN BARU TAMBAH BIDANG  

  • Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri – RM250.00 / Cawangan – RM150.00
  • Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri – RM500.00 / Cawangan – RM350.00
  • Perniagaan Agensi Pengembaraan – RM200.00 / Cawangan – RM100.00
  • Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam dan Luar Negeri – RM750.00 / Cawangan – RM500.00
  • Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri dan Agensi Pengembaraan – RM450.00 / Cawangan – RM250.00
  • Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri dan Perniagaan Agensi Pengembaraan – RM700.00 / Cawangan – RM450.00
  • Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam dan Luar Negeri serta Perniagaan Agensi Pengembaraan – RM950.00 / Cawangan – RM600.00

GARIS PANDUAN PERMOHONAN LESEN TAMBAH CAWANGAN PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN / AGENSI PENGEMBARAAN  

  • Pemohon hendaklah mengemukakan satu (1) salinan Borang 3 (Peraturan 7) permohonan tambah cawangan dengan menyertakan objektif dan keperluan penubuhan cawangan di kawasan tersebut.
  • Menyertakan fi pemprosesan sebanyak RM50.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  • Permohonan lesen tambahan cawangan adalah dibenarkan setelah syarikat beroperasi dengan aktif melebihi 1 tahun.
  • Lesen Ibupejabat hendaklah sah sebelum tambah cawangan baru dipohon.
  • Permohonan hendaklah mempunyai perolehan tahunan yang memberangsangkan dengan mengemukakan penyata kewangan beraudit yang terkini.
  • Lesen tambahan cawangan akan dipertimbangkan atas dasar keperluan di kawasan-kawasan yang dipohon.
  • Perpindahan pejabat lesen cawangan di luar kawasan tidak dibenarkan bagi membolehkan Kementerian mengkaji modal bebayar terlebih dahulu sebelum permohonan diluluskan.
  • Sekiranya modal berbayar tidak mencukupi, syarikat hendaklah membuat penambahan modal berbayar.
  • Pemohon hendaklah menjelaskan kompaun mengikut AIP 1992 sebelum permohonan diproses. (jika ada).
  • Sekiranya permohonan diluluskan, Kementerian akan mengeluarkan Surat Kelulusan sementara bagi tempoh Dua (2) bulan bagi tujuan penyediaaan Premis Operasi dan perniagaan boleh dijalankan apabila perjanjian penyewaan pejabat, pelan lantai dan permis operasi telah disediakan.
  • Lesen dan Sticker akan hanya dikeluarkan apabila keperluan ruang premis dipenuhi (dinyatakan dalam surat kelulusan) ,dokumen-dokumen yang perlu di sertakan, fi pelesenan telah dijelaskan.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN RAYUAN LESEN PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN / AGENSI PENGEMBARAAN

  • Permohonan rayuan mesti dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat penolakan dihantar / dimaklumkan kepada pemohon.
  • Pemohon perlu menyertakan surat sokongan sekiranya tidak disertakan dalam permohonan terdahulu atau butiran berdasarkan alasan penolakan.
  • Permohonan rayuan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia.
  • Pemohon hendaklah menjelaskan kompaun mengikut AIP 1992 sebelum permohonan diproses (jika ada).
  • Keputusan Menteri adalah muktamad dan konklusif.
  • Sekiranya permohonan diluluskan, Kementerian akan mengeluarkan Surat Kelulusan sementara bagi tempoh Dua (2) bulan bagi tujuan penyediaaan Premis Operasi dan perniagaan boleh dijalankan apabila perjanjian penyewaan pejabat, pelan lantai dan permis operasi telah disediakan.
  • Lesen dan Sticker akan hanya dikeluarkan apabila keperluan ruang premis dipenuhi (dinyatakan dalam surat kelulusan), dokumen-dokumen yang diperlukan di sertakan, fi pelesenan telah dijelaskan.

DOKUMEN SOKONGAN

  • Salinan sijil-sijil akademi Ahli Lembaga Pengarah / Pemegang Saham / kakitangan dalam bidang pelancongan.
  • Surat pengesahan pengalaman dalam bidang pelancongan Ahli Lembaga Pengarah / Pemegang Saham atau kakitangan syarikat.
  • Surat hubungan kerjasama perniagaan Agensi Luar Negara (jika berkaitan).
  • Pakej-pakej (Inbound/Outbound) yang ditawarkan jika berkaitan.
  • Surat sokongan dari pihak yang berkaitan (jika ada).

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN / AGENSI PENGEMBARAAN

  • Permohonan pembaharuan Ibupejabat menggunakan Borang 5 (Peraturan 9) dan permohonan pembaharuan cawangan menggunakan Borang 6 (Peraturan 9)
  • Pembaharuan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pelesenan Wilayah dalam tempoh 30 hari sebelum tamat lesen.
  • Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pelesenan Wilayah bersama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  • Menyertakan fi pemprosesan sebanyak RM20.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  • Pemohon hendaklah menjelaskan kompaun mengikut AIP 1992 sebelum permohonan diproses (jika ada).

SYARAT-SYARAT KELULUSAN PEMBAHARUAN LESEN

Tempoh lesen yang diluluskan adalah 1 HINGGA 3 TAHUN.

  1. Pembaharuan maksimum untuk 3 tahun jika permohonan diterima lengkap:
    • Telah mengemukakan Laporan Audit Tahunan yang terkini
    • Syarikat telah menjelaskan semua kompaun (jika ada)
    • Syarikat mencatatkan keuntungan
    • Syarikat mematuhi semua peraturan-peraturan pembaharuan yang lain dengan mengemukakan Sijil Keahlian MATTA terkini.
  2. Pembaharuan 2 tahun jika permohonan diterima lengkap :
    • Telah mengemukakan Laporan Audit Tahunan tetapi,
    • Syarikat mencatatkan kerugian - kerugian syarikat tidak melebihi modal berbayar atau kerugian syarikat tidak melebihi 50% turnover/revenue.
                                                                                                      Syarikat mematuhi semua peraturan-peraturan pembaharuan yang lain dengan mengemukakan Sijil Keahlian MATTA terkini.
  3. Pembaharuan 1 tahun sahaja jika permohonan diterima lengkap:
  • Syarikat tidak mengemukakan Laporan Audit Tahunan (namun syarikat perlu mengemukakan surat dari Juruaudit Bertauliah yang dilantik).
  • Syarikat mencatatkan kerugian - kerugian syarikat melebihi modal berbayar atau kerugian syarikat melebihi 50% turnover/ revenue
  • Syarikat tidak mematuhi peraturan-peraturan pembaharuan yang lain, contohnya pembaharuan keahlian MATTA.
  • Syarikat mempunyai banyak kesalahan berulang kerana tidak mematuhi Akta-akta dan

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PERUBAHAN STATUS AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM

  1. Permohonan perubahan Ahli Lembaga Pengarah / Pemegang Saham adalah dibenarkan setelah syarikat beroperasi dengan aktif melebihi 2 tahun.
  2. Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan yang lengkap menyatakan jusifikasi perubahan Ahli Lembaga Pengarah / Pemegang Saham dan menyatakan nama-nama Ahli Lembaga Pengarah / Pemegang Saham yang baru.
  3. Setiap perubahan tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan, akan dikenakan kompaun mengikut AIP 1992
  4. Pemohon hendaklah menjelaskan kompaun mengikut AIP 1992 sebelum permohonan diproses. (jika ada).
  5. Bagi syarikat yang dilesenkan dalam bidang Outbound , Pemegang Saham dan Ahli Lembaga Pengarah Warganegara asing adalah tidak dibenarkan .
  6. Syarikat yang dilesenkan bidang Inbound & Ticketing, pemegang saham dari kumpulan syarikat (pemegang saham Warganegara Asing) dan warganegara asing (Individu) tidak melebihi 30% saham .
  7. Permohonan perubahan status yang melibatkan pengurangan peratusan saham Bumiputera dan pengurangan Ahli Lembaga Pengarah Bumiputera adalah tidak dibenarkan.
  8. Ahli Lembaga Pengarah / Pemegang Saham tidak dibenarkan memiliki saham di syarikat pelancongan yang lain.
  9. Setiap permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pelesenan Wilayah.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PERUBAHAN MODAL BERBAYAR

  1. Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan perubahan modal berbayar syarikat beserta alasan perubahan.
  2. Setiap perubahan tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan akan dikenakan kompaun mengikut AIP 1992
  3. Pemohon hendaklah menjelaskan kompaun mengikut AIP 1992 sebelum permohonan diproses. (jika ada).
  4. Permohonan pertambahan modal yang melibatkan pengurangan pegangan saham bumiputera adalah tidak dibenarkan.
  5. Setiap permohonan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pelesenan Wilayah.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PERUBAHAN LOKASI PREMIS PERNIAGAAN

  1. Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan perubahan lokasi premis perniagaan serta tujuan/jusifikasi perpindahan dan alamat permis yang baru.
  2. Setiap perubahan tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan akan dikenakan kompaun mengikut AIP 1992
  3. Pemohon hendaklah menjelaskan kompaun mengikut AIP 1992 sebelum permohonan diproses (jika ada).
  4. Perpindahan pejabat lesen cawangan di luar kawasan tidak dibenarkan. ( adalah untuk mengelakkan keadaan di mana lesen cawangan beroperasi di kawasan bandar utama sedangkan ibu pejabatnya beroperasi di bandar kecil. Keadaan ini perlu dikawal kerana modal berbayar bagi bandar-bandar utama dan luar bandar adalah berbeza.)
  5. Setiap permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pelesenan Wilayah.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN BARU LESEN PERNIAGAAN MALAYSIA RUMAH KEDUA-KU (MM2H)

  1. Pemohon mestilah sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
  2. Permohonan hendaklah dengan mengemukakan satu (1) salinan Borang 1 (Peraturan 3) atau dua (2 ) salinan jika di hantar ke Pejabat Pelesenan Wilayah.
  3. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti dilampirkan dan borang permohonan tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengarah dan dilengkapi dengan cop syarikat.
  4. Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan melalui Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkaitan.
  5. Menyertakan fi pemprosesan sebanyak RM100.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  6. Pemohon hendaklah menjelaskan kompaun mengikut AIP 1992 sebelum permohonan diproses (jika ada).
  7. Sekiranya permohonan diluluskan, Kementerian akan mengeluarkan Surat Kelulusan sementara bagi tempoh Dua (2) bulan bagi tujuan penyediaaan Premis Operasi dan perniagaan boleh dijalankan apabila perjanjian penyewaan pejabat, pelan lantai dan permis operasi telah disediakan.
  8. Lesen dan Sticker akan hanya dikeluarkan apabila keperluan ruang premis dipenuhi (dinyatakan dalam surat kelulusan), dokumen-dokumen yang perlu di sertakan, fi pelesenan telah dijelaskan.
  9. Lesen dan Sticker akan hanya dikeluarkan apabila keperluan ruang premis (dinyatakan dalam surat kelulusan) telah dipenuhi dan fi pelesenan dijelaskan oleh pemohon.

MAKLUMAT PENUBUHAN SYARIKAT PERNIAGAAN MALAYSIA RUMAH KEDUA-KU (MM2H)

  1. Nama yang digunakan oleh syarikat hendaklah sesuai dan menggunakan perkataan (MM2H) Contoh : Asia (MM2H)
  2. Kertas Kerja hendaklah mengandungi maklumat seperti Objektif penubuhan syarikat, Kumpulan sasaran perniagaan, Kaedah Pemasaran, Maklumat Latarbelakang Lembaga Pengarah (beserta dokumen sokongan dalam bidang berkaitan).
  3. Jumlah pegangan Modal Saham Berbayar
    • Warganegara
    • Ekuiti Asing (Individu / Syarikat) hanya dihadkan kepada Maksima 30%.
  4. Modal berbayar minimum bagi seluruh Malaysia - RM50,000.00

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

  1. Salinan Akta Syarikat 1965 yang telah disahkan benar oleh Pejabat Pendaftar Syarikat.
  2. Salinan Memorandum dan Tataurusan Syarikat
  3. Salinan Borang 9 (Certificate of Incorporation of Private Company)
  4. Salinan Borang 13 (Certificate of Incorporation on Change of Name of Company)
  5. Salinan Borang 24 (Returned of Allotment of Shares)
  6. Salinan Borang 25 (Statement Containing Particulars of Shares Alloted Ortherwise than For Cash)
  7. Salinan Borang 32A – Form of Transfer of Securities.
  8. Salinan Borang 49 (Return Giving Particlars in Register of Directors, Managers and Change of Particulars.
  9. Salinan Sijil pemegang saham bagi setiap pemegang saham modal berbayar.
  10. Dua (2) keping Gambar warna terbaru berukuran pasport bagi setiap Ahli Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham Modal Berbayar.

DOKUMEN SOKONGAN

  • Salinan sijil-sijil akedemik Lembaga Pengarah / Pemegang Saham / kakitangan dalam bidang pelancongan.
  • Surat hubungan kerjasama perniagaan Agensi Luar Negara yang berkaitan dengan program MM2H .
  • Surat sokongan dari pihak yang berkaitan (jika ada).

GARIS PANDUAN UNTUK PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN – (MM2H)

  • Permohonan pembaharuan Ibupejabat menggunakan Borang 5 (Peraturan 9) (MM2H)
  • Pembaharuan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pelesenan Wilayah dalam tempoh 30 hari sebelum tamat lesen.
  • Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pelesenan Wilayah bersama dengan dokumen-dokumen yang yang diperlukan.
  • Menyertakan fi pemprosesan sebanyak RM20.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  • Pemohon hendaklah menjelaskan kompaun mengikut AIP 1992 sebelum permohonan diproses (jika ada).
  • Kelulusan pembaharuan lesen MM2H adalah disyaratkan untuk 1 tahun sahaja.

SYARAT-SYARAT KELULUSAN PEMBAHARUAN LESEN MM2H

  • Tempoh lesen yang diluluskan adalah 1 TAHUN.

i) Pembaharuan untuk 1 tahun jika permohonan diterima lengkap:

  • Telah mengemukakan Laporan Audit Tahunan yang terkini / surat penyediaan laporan kewangan dari syarikat Juruaudit bertauliah.
  • Syarikat telah menjelaskan semua kompaun (jika ada)
  • Syarikat mencatatkan keuntungan
  • Syarikat mempunyai sekurang-kurangnya 5 peserta program MM2H.
  • Sekiranya syarikat tidak memenuhi syarat mempunyai sekurang-kurang 5 peserta program MM2H – masih boleh diberi kelulusan 1 Tahun bagi tahun ke-2 beroperasi.
  • Tetapi sekiranya tahun ke-3 beroperasi masih tidak memenuhi kriteria, tindakan pembatalan lesen akan diambil.

GARIS PANDUAN PENGELUARAN LESEN PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN / AGENSI PENGEMBARAAN / MM2H

  1. Surat perjanjian sewaan / beli pejabat
  2. Gambar pejabat ( luar dan dalam )
  3. Pelan lantai (keluasan pejabat 400 kp dan lebih)
  4. Surat / Sijil MATTA (Untuk TOBTAB sahaja)

Lesen akan dikeluarkan setelah dokumen-dokumen didapati lengkap dan tepat. Sekiranya dokumen didapati disyaki kesahihannya semasa pemeriksaan premis dilakukan, lesen yang telah dikeluarkan akan ditarik balik.

GARIS PANDUAN PEMERIKSAAN BARU TOBTAB / MM2H

  • Surat kelulusan sementara adalah mensyaratkan syarikat dalam tempoh 2 bulan dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan bagi menyediakan premis operasi.
  • Dalam tempoh 2 bulan, Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut :-
    •  i. 2 salinan Perjanjian Penyewaan Pejabat
    • ii. 2 salinan Pelan Lantai
    • iii. 2 salinan gambar luar & dalam pejabat
  • Setelah menerima dokumen lengkap tanpa kuiri , lesen syarikat boleh diluluskan / dikeluarkan serta-merta secara Fast-Track sebelum lawatan premis dilakukan.
  • Senarai semak keperluan bagi pemeriksaan Premis Baru :
    •  i. Bawa kamera dan ambil gambar semasa pemeriksaan dilakukan
    • ii. Semak maklumat syarikat sebelum pemeriksaan dilakukan.
    • iii. Pastikan gambar-gambar yang dikemukakan oleh syarikat adalah sama dengan keadaan fizikal premis operasi.
    • iv. Pastikan syarikat menghantar wakil pengiring semasa pemeriksaan dilakukan.
    •  v. Dapatkan cop syarikat dan tandatangan wakil pengiring selepas selesai pemeriksaan.
  • Sediakan laporan pemeriksaan premis secara terperinci selepas pemeriksaan selesai.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SOKONGAN PEGAWAI DAGANG BARU / LANJUTAN

  • Syarikat pengendalian pelancongan perlu mengemukakan surat permohonan pegawai dagang baru / lanjutan dan sebab-sebab keperluan perkhidmatan pegawai dagang tersebut.(Permohonan pegawai dagang perlu melalui syarikat pengendalian pelancongan. Permohonan melalui persendirian tidak akan diproses).
  • Profile syarikat pengndalian pelancongan juga perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan.
  • Permohonan perlu disertakan bersama :
    1. Biodata pegawai dagang
    2. Gambar & Passport pegawai dagang
    3. Profile pegawai dagang
  • Surat tawaran kerja pegawai dagang dari syarikat pengendalian pelancongan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SOKONGAN PEGAWAI DAGANG

1. Jawatan yang dipohon adalah diperingkat Pengurus / Eksekutif dan ke atas yang berkaitan dengan pengurusan bidang pelancongan.

2. Pengalaman kerja yang berkaitan dalam bidang pelancongan.

3. Tahap kelulusan akademik yang relevan dalam bidang pelancongan dan jawatan yang dipohon.

4. Umur kelayakan 21 tahun sehingga 55 tahun (umur sebelum pencen)

5. Tahap kesihatan bergantung kepada pengesahan majikan.

6. Keperluan jawatan bergantung kepada justifikasi permohonan melalui majikan:

i. Sasaran pasaran Negara yang diuruskan
ii. Bilangan pelancong yang diuruskan
iii. Bilangan pegawai dagang sedia ada mengikut jawatan
iv. Jumlah perolehan (turnover) tahunan
v. Bukti pengiklanan jawatan telah dibuat
vi. Dokumen sokongan lengkap perlu disertakan

 

GARIS PANDUAN MENYEDIAKAN KERTAS KERJA BAGI PERMOHONAN BARU LESEN PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN/ATAU PERNIAGAAN AGENSI PENGEMBARAAN

A. PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG SYARIKAT

  • Bila ditubuhkan
  • Siapa Pengarah
  • Siapa Pemegang Saham
  • Alamat berdaftar (syarikat)
  • Cadangan Pejabat operasi
  • Objektif syarikat
  • Jumlah dan kategori kakitangan yang diambil bekerja dan yang akan diambil bekerja

B. KEDUDUKAN KEWANGAN

  • Jumlah Modal dibenarkan
  • Jumlah Modal Berbayar
  • Senarai Harta (Jika ada)
  • Kemudahan-kemudahan kewangan yang lain jika ada

(Seperti overdraf dan lain-lain)

C. PENGALAMAN PENGARAH / PEMEGANG SAHAM / PENGURUSAN

  • Kelulusan dan kelayakan profesional
  • Kursus yang pernah dihadiri
  • Jawatan yang dipegang
  • Pengalaman-pengalaman lain
  • Dokumen sokongan hendaklah disertakan( contoh: borang EPF, surat tawaran jawatan, borang 24/49 sekiranya pemegang saham/lembaga pengarah dalam syarikat lain)

D . STRATEGI DAN PERANCANGAN PEMASARAN

  • Objektif
  • Pelancongan Dalam Negeri (Inbound)
  • Pelancongan Ke Luar Negeri (Outbound)
  • Agensi Pengembaraan
  • Pemasaran (Kumpulan Sasaran)
  • Sila kemukakan bukti seperti senarai pakej pelancongan inbound/outbound

E. HUBUNGAN PERNIAGAAN (CONTACT)

  • Hubungan dengan agensi pelancongan dalam negeri
  • (Sebutkan nama agensi tersebut jika ada)
  • Hubungan dengan agensi pelancongan Luar Negeri
  • (Sebutkan nama agensi tersebut jika ada)

3. Sertakan surat sokongan dari agensi

F. PENUTUP

  • Nyatakan perkara-perkara lain yang boleh menyokong permohonan anda

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 13 November 2008 )
 
priv_bm.gif kselamatan_bm.gif