Sindikasi

PAUTAN DALAMAN

Intranet
Webmail

Hits

You are here: LAMAN UTAMA arrow Permohonan Lesen Pemandu Pelancong
Lesen Pemandu Pelancong PDF Cetak

GARIS PANDUAN BAGI MEMOHON LESEN PEMANDU PELANCONG BANDAR/ALAM SEMULAJADI SETEMPAT UNTUK MEMOHON

Pemohon mestilah orang perseorangan dan telah memenuhi semua syarat berikut :

  • Kelayakan - Telah menjalani kursus atau kursus-kursus latihan dan lulus ujian-ujian kecekapan yang diadakan oleh Persuruhjaya Pelancongan atau mana-mana badan yang diberikan kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya Pelancongan untuk mengadakan kursus, latihan dan ujian-ujian kecekapan untuk pemandu-pemandu pelancong.
  • Umur - Telah mencapai lapan belas (18) tahun pada tarikh pemohonan di buat.
  • Kesihatan - Sihat dari segi fizikal dan mental dan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
  • Kelakuan - Tidak mempunyai rekod jenayah dan berkebolehan serta kompeten untuk bertindak sebagai pemandu pelancong.

BILA BOLEH MEMOHON

  • Tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong.

BORANG PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan satu (1) salinan Borang 1 (Peraturan 3).
  • Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar terus ke Pejabat-pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.
  • Borang permohonan boleh dimuat turun melalui langkah seperti berikut  : BANTUAN  →  MUAT TURUN  →  PELESENAN.

TEMPOH LESEN

  • Satu (1) tahun dari tarikh kelulusan lesen.

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA BORANG PERMOHONAN

    Gambar

  • Satu (1) keping gambar warna terbaru berukuran pasport.

    Salinan Kad Pengenalan

  • Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon.

    Resit keahlian Persatuan Pemandu Pelancong Negeri

  • Satu (1) salinan resit bayaran keahlian Persatuan Pemandu Pelancong Negeri yang berkenaan

    Surat Akuan Doktor

  • Satu (1) salinan surat akuan kesihatan terperinci daripada mana-mana hospital Kerajaan/pengamal perubatan berlesen.

    Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan lesen Pemandu Pelancong  

    Sijil Kursus Asas Pemandu Pelancong

  • Satu (1) salinan surat pemberitahuan daripada Kementerian Pelancongan bahawa permohon telah menjalani dan lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong atau
  • Satu (1) salinan Sijil Kursus Asas Pemandu Pelancong .

    Sijil Kemahiran Malaysia

  • Satu (1) salinan Sijil Kemahiran Malaysia

    Sijil Kelayakan Akademik

  • Satu (1) salinan sijil-sijil akademik yang disahkan (Contohnya: Ijazah, Diploma, STPM, SPM atau setaraf dengannya)

    Sijil Mesra Malaysia

  • Satu (1) salinan Sijil Mesra Malaysia (wajib)

    Surat Tawaran Berkerja

  • Satu (1) salinan surat tawaran dari majikan Syarikat Pengendalian Pelancong (jika ada)

    Dokumen Tambahan Bagi Pemohon Lesen Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat

    Sijil Kursus Alam Semulajadi Setempat

  • Satu (1) salinan surat pemberitahuan bahawa pemohon telah menjalani dan lulus Kursus Alam Semulajadi Setempat ATAU Satu (1) salinan Sijil Kursus Alam Semulajadi Setempat

    Sijil EcoHost

  • Satu (1) salinan Sijil Kursus EcoHost (jika ada)

    Sijil Kelayakan Akademik/Kemahiran

  • Satu (1) salinan sijil kelayakan akademik/kemahiran yang diakui sah (jika ada)

    Catatan : 2 salinan dokumen perlu dikemukakan sekiranya permohonan dihantar ke Pejabat Pelesenan Wilayah .

 

FI PEMPROSESAN

  • Fi pemprosesan sebanyak RM 10.00 hendaklah dikemukakan semasa permohonan.

FI PELESENAN (SETAHUN)

  • Fee Pelesenan sebanyak RM 50.00.

CARA BAYARAN

  • Semua bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/wang kiriman/cashier's order di atas nama Pesuruhjaya Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia .
  • Nama syarikat dan nombor rujukan fail Kementerian (jika ada) hendaklah ditulis dengan terang di belakang draf bank/wang kiriman/wang pos berkenaan.

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN


PERHATIAN

  • Permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat asas tidak akan diberi pertimbangan.
  • Kementerian Pelancongan Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan dan urusan surat menyurat pihak pemohon.
  • Tindakan tegas akan diambil terhadap permohon yang mengemukakan sebarang kenyataan palsu.
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 17 September 2008 )
 
priv_bm.gif kselamatan_bm.gif