Sindikasi

PAUTAN DALAMAN

Intranet
Webmail

Hits

You are here: LAMAN UTAMA arrow Bahagian Sumber Manusia
Bahagian Sumber Manusia PDF Cetak

FUNGSI BAHAGIAN

  • Merancang dan mengunjur keperluan perjawatan, struktur organisasi perjawatan dan pengemaskinian skim-skim perkhidmatan.
  • Merancang dan mengendalikan urusan pengisian dan pengambilan kakitangan.
  • Mengurus segala aspek perkhidmatan, penempatan, elaun, gaji dan segala kemudahan dalam perkhidmatan dan urusan kemajuan kerjaya.
  • Merancang mengendalikan kursus/ latihan dalam perkhidmatan, kursus/kursus wajib, peperiksaan perkhidmatan/ jabatan dan penilaian tahap kecekapan.
  • Mengurus hal ehwal tatatertib, pengisytiharan harta dan Nilaian Prestasi Tahunan.
  • Bertindak sebagai urus setia kepada Panel Pergerakan Gaji, Majlis Bersama Jabatan, Jawatankuasa Keutuhan, Jawatankuasa Latihan Kementerian, Lembaga Peperiksaan, Pasukan Petugas Mengurangkan Kerenah Birokrasi dan Panel Pembangunan Sumber Manusia.

PIAGAM PELANGGAN

  • Mengemukakan kepada agensi pusat permohonan penstrukturan/jawatan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Mendapatkan keputusan pengambilan pekerja khidmat singkat daripada ketua setiausaha dalam masa tiga (3) hari selepas permohonan lengkap diterima.
  • Mengeluarkan surat perlantikan bagi mengisi jawatan-jawatan kosong dibawah bidang kuasa ketua setiausaha dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh iklan dikeluarkan.
  • Mendapatkan keputusan keatas permohonan tanggung kerja daripada pengurusan tertinggi dalam tempoh satu (1) minggu selepas permohonan lengkap diterima.
  • Mengemukakan borang penyata perubahan (kew.8) berkaitan dengan perubahan pendapatan akan disediakan dan diangkat kepada cawangan kewangan, bahagian pengurusan untuk penyelarasan bayara dalam tempoh satu (1) minggu selepas semua dokumen lengkap diterima.
  • Mengemukakan permohonan tapisan keutuhan kepada badan pencegah rasuah untuk pertimbangan/ kelulusan dalam tempoh satu (1) minggu selepas borang lengkap diterima.
  • Mengemukakan permohonan pengesahan lantikan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen kepada pihak berkuasa berkenaan untuk pertimbangan/kelulusan dalam tempoh satu (1) minggu selepas semua dokumen lengkap diterima.
  • Mengemukakan laporan nilaian prestasi tahunan yang telah lengkap diisi kepada pihak berkuasa berkenaan dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh ianya diterima.
  • Mengedarkan surat pengumuman kursus anjuran kerajaan/swasta dalam tempoh tiga (3) hari selepas ia diterima.
  • Mengeluarkan surat tawaran kursus kepada peserta dalam tempoh dua (2) hari selepas ia diterima daripada pihak penganjur.
  • Memaklumkan kursus anjuran kementerian pelancongan kepada peserta sekurang-kurangnya empat (4) hari sebelum berkursus.
     
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 01 July 2008 )
 
priv_bm.gif kselamatan_bm.gif