|
|
FUNGSI UNIT
- Memberi nasihat undang-undang tentang hal-hal perundangan yang dirujukkan kepadanya mengenai perkara tertentu dalam bidang kuasa Kementerian/Agensi.
- Pentafsiran undang-undang seperti Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri-Negeri, Akta-Akta Parlimen, Enakmen-Enakmen/Ordinan-Ordinan Dan Perundangan Subsidiari.
- Menyemak perjanjian dan kontrak, triti atau Memorandum Persefahaman dan dokumen undang-undang yang dihantar oleh Kementerian/Agensi.
- Menyemak cadangan gubalan undang-undang baru atau pindaan kepada undang-undang dan perundangan subsidiari.
- Apabila perlu, mengendalikan kes-kes sivil yang melibatkan Kementerian/Agensi.
- Menghadiri mesyuarat di peringkat Jabatan, Kementerian, Kebangsaan dan/atau antarabangsa berhubung dengan hal-hal yang dinyatakan di atas.
- Bertanggungjawab terus kepada Ibu Pejabat Bahagian Penasihat dan Antarabangsa untuk membuat rujukan dan mendapatkan pandangan serta kelulusan/ulasan Peguam Negara dalam apa-apa perkara yang bersangkutan dengan perundangan.
PIAGAM PELANGGAN
- Mengkaji dan memberi nasihat undang-undang kepada kementerian dan jabatan, agensi dan bahagian di bawahnya dalam tempoh dua minggu
- Munggubal dan menyemak apa-apa perundangan utama atau subsidiari yang sedia ada di bawah kendalian kementerian dalam tempoh empat minggu dari tarikh draf pertama diterima
- Menyemak dokumen-dokumen kontrak/perjanjian jabatan, bahagian dan agensi di bawah kementerian dalm tempoh dua minggu dari tarikhdokumen lengkap diterima
- Menyemak serta memberi arahan terhadap kertas siasatan di bawah akta-akta kementerian pelancongan malaysia yang dirujuk dalam tempoh dua minggu
- Mewakili kerajaan malaysia dan kementerian dalam mana-mana prosiding guaman (civil litigation) pada tarikh-tarikh, masa dan tempat seperti mana yang diarahkan oleh y.b. peguam negara
|
|
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 01 July 2008 )
|