Sindikasi

PAUTAN DALAMAN

Intranet
Webmail

Hits

You are here: LAMAN UTAMA arrow Bahagian PP
Bahagian Perkhidmatan Pelancongan PDF Cetak

FUNGSI BAHAGIAN

  • Membangun dan memperkukuhkan struktur, fungsi dan peranan organisasi atau institusi yang berkaitan dengan industri perkhidmatan pelancongan bagi memantapkan perancangan dan pelaksanaan pembangunan pelancongan.
  • Mempertingkat dan mempelbagaikan produk, aktiviti, kemudahan dan perkhidmatan pelancongan berasaskan kepada kekuatan dan keunikan sumber tempatan.
  • Membangun dan menggalakkan pelancongan domestik.
  • Membangun dan mempertingkatkan sumber manusia dalam sektor perkhidmatan pelancongan negara dengan meningkatkan kemahiran dan kecekapan sektor perkhidmatan pelancongan melalui kursus dan seminar.
  • Menggalakkan pelaburan pelancongan melalui penyediaan insentif, tabung pelancongan dan khidmat nasihat.
  • Menyediakan peraturan dan garis panduan bagi mempertingkatkan kualiti kemudahan pelancongan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Memberi khidmat nasihat dan konsultensi bagi isu-isu berkaitan dengan Bahagian Perkhidmatan Pelancongan dalam masa 3 minit masa menunggu di kaunter.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Asas Pemandu Pelancong dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Tahap II dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Pengesahan Pemandu Pelancong dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
  • Permohonan Pinjaman Dana Pelancongan:
    a)Memproses dan memanggil untuk pembentangan permohonan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
    b)Membuat keputusan permohonan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh pembentangan.
  • Meluluskan dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Projek Pelancongan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan sijil kursus latihan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan laporan terakhir dari penganjur.
  • Dengan syarat segala peraturan dan syarat kelayakan dipenuhi pada tarikh permohonan diterima.

.

.

.

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 05 June 2008 )
 
priv_bm.gif kselamatan_bm.gif