Sindikasi

PAUTAN DALAMAN

Intranet
Webmail

Hits

You are here: LAMAN UTAMA arrow PROFIL KEMENTERIAN arrow Bahagian/Unit
Bahagian Pelesenan PDF Cetak

 

FUNGSI

  • Mengkaji dan menggubal dasar-dasar pelesenan berkaitan pengusahaan pelancongan.
  • Mendaftar dan melesenkan enterprais pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan/Agensi Pengembaraan dan Institusi Latihan Pelancongan).
  • Mendaftar dan melesenkan Pemandu Pelancong.
  • Mendaftar dan melesenkan Kenderaan Pelancongan (Bas Persiaran dan Kereta Sewa Pandu).
  • Mendaftar dan mengklasifikasikan premis penginapan pelancong.
  • Menjalankan urusan pendakwaan yang sewajarnya bagi kes-kes pelanggaran AIP 1992 dan APKP 1999 serta peraturan-peraturan di bawahnya oleh pengusahaan pelancongan atau individu.
  • Menggubal dan mengemaskinikan perundangan yang berkaitan dengan industri pelancongan dari masa ke semasa.
  • Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang industri pelancongan
    dan peraturan-peraturan dibawahnya.
  • Memproses permohonan kemasukan pegawai dagang dalam enterprais pelancongan.
  • Memproses permohonan penubuhan pejabat perwakilan pelancongan asing yang beroperasi di Malaysia.
  • Menjalankan tugas sebagai pemudahcara di antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pelancongan.
  • Memberi khidmat nasihat dan galakan kepada individu atau organisasi yang akan dan telah menceburkan diri dalam pengusahaan pelancongan.
  • Mengkaji semula sistem dan prosedur pelesenan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen-lesen kepada syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOB/TAB) dalam masa 35 hari;
  • Menentukan proses kelulusan pembaharuan lesen kepada syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOB/TAB) dalam masa 5-8 hari;
  • Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen-lesen bas persiaran dan kereta sewa pandu dalam masa 35 hari;
  • Menentukan proses kelulusan pembaharuan lesen-lesen bas persiaran dan kereta sewa pandu dalam masa 7-10 hari;
  • Menentukan proses pendaftaran premis penginapan pelancong dalam masa 6 hari
  • Menentukan proses pengklasifikasian premis penginapan pelancong dalam masa 46 hari;
  • Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen Institusi Latihan Pelancongan dalam masa 35 hari;
  • Menentukan proses pembaharuan lesen Institusi Latihan Pelancongan dalam masa 4-5 hari;
  • Menentukan proses pengeluaran permit mengajar bagi Institusi Latihan Pelancongan dalam masa 5-7 hari;
  • Menentukan proses kelulusan dan pengeluaran lesen pemandu pelancong dalam masa 6-9 hari;
  • Menentukan proses pembaharuan lesen pemandu pelancong dalam masa 5-7 hari;
  • Menentukan proses dan kelulusan pengecualian menggunakan pemandu pelancong dalam masa 1-3 hari;

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 13 August 2008 )
 
priv_bm.gif kselamatan_bm.gif