Sindikasi

PAUTAN DALAMAN

Intranet
Webmail

Hits

You are here: LAMAN UTAMA arrow Bahagian Perhubungan Awam & Khidmat Pelanggan
Unit Perhubungan Awam dan Perkhidmatan Pelanggan PDF Cetak

 

FUNGSI UNIT

  • Menyelaras hal-hal perhubungan awam, publisiti dan sidang media untuk Kementerian
  • Memberi khidmat nasihat mengenai perhubungan awam, publisiti dan kempen
  • Mewujud dan mengukuhkan hubungan yang baik secara berterusan antara Kementerian dengan pihak media massa dan orang ramai
  • Menyediakan kit akhbar/teks sidang media/temubual, kenyataan akhbar dan teks ucapan/kata-kata aluan Menteri/ KSU bagi acara-acara yang dianjurkan oleh Kementerian
  • Merancang penyebaran Nota Kepada Pengarang/Penyunting dan Siaran/Kenyataan Akhbar
  • Menguruskan aduan dan pertanyaan dari orang ramai dan memastikan tindakan sewajarnya diambil
  • Menyediakan perkhidmatan pelanggan melalui telefon dan kaunter
  • Menyelaras pengambilan dan penyediaan rakaman gambar/video untuk acara-acara rasmi Kementerian
  • Urusetia Program Hari Bertemu pelanggan Kementerian
  • Urusetia Mesyuarat Pengaduan Awam

PIAGAM PELANGGAN

  • Memperluaskan publisiti mengenai Kementerian
  • Memberi kemudahan kepada pelanggan berurusan dan mendapatkan maklumat serta perkhidmatan yang cepat melalui telefon atau datang ke kaunter
  • Memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti dan tepat mengenai Kementerian
  • Mengedar aduan-aduan kepada bahagian dan agensi dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima
  • Mengeluarkan rakaman foto/video dalam tempoh tujuh (7) hari selepas sesuatu acara/aktiviti/Sidang Media diadakan
  • Mengeluarkan teks Sidang Media/temubual, kenyataan akhbar dalam tempoh dua (2) hari sebelum acara/Sidang Media diadakan. Teks ucapan/kata-kata aluan Menteri/KSU dikeluarkan dalam tempoh dua (2) minggu sebelum acara diadakan.
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 01 July 2008 )
 
priv_bm.gif kselamatan_bm.gif