Sindikasi

PAUTAN DALAMAN

Intranet
Webmail

Hits

You are here: LAMAN UTAMA arrow Bahagian Pengurusan & Kewangan
Bahagian Pentadbiran & Kewangan PDF Cetak

FUNGSI BAHAGIAN

  • Menyelaras semua urusan berkaitan pertanyaan dan jawapan Dewan Rakyat/ Dewan Negara serta pembentangan Rang undang-undang.
  • Menyelaras semua urusan berkaitan Kertas Jemaah Menteri dan pemantauan maklum balas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri.
  • Menguruskan pentadbiran Am kementerian seperti menguruskan tempahan kenderaan, bilik mesyuarat dan urusan penyewaan ruang pejabat kementerian dan pejabat-pejabat negeri/ wilayah.
  • Menyelaras semua program peningkatan kualiti dan produktiviti kementerian.
  • Mengawal Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan Kementerian.
  • Penyediaan dan Penyeliaan Akaun-Akaun Amanah di bawah Kementerian, Sistem Akuan Cawangan (BAS) dan Sistem Akaun Pusat (CAS).
  • Menguruskan semua perolehan melalui tender/ sebut harga bagi kementerian.
  • Melaksanakan urusan verifikasi stok di semua Bahagian dan Pejabat-Pejabat Negeri/ Wilayah.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Memberi jawapan ke atas permohonan penggunaan kenderaan dan bilik mesyuarat yang bersesuaian dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh tempahan dibuat.
  • Menyelia dan mengedarkan minit-minit mesyuarat utama kementerian dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh mesyuarat diadakan.
  • Mengedarkan salinan pertanyaan parlimen dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh pertanyaan diterima.
  • Mengedarkan memorandum mesyuarat jemaah menteri kementerian lain kepada bahagian/ agensi yang menyediakan ulasan dalam tempoh tiga (3) hari tarikh memorandum diterima.
  • Mengeluarkan baucar bayaran dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Menyelesaikan permohonan pendahuluan diri/ pelbagai dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Mengeluarkan waran udara/ kereta api/ bas dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Mengeluarkan waran peruntukan dan menyelesaikan permohonan pindah peruntukan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 01 July 2008 )
 
priv_bm.gif kselamatan_bm.gif