|
Pusat Pelancongan Malaysia |
|
|
|
FUNGSI
- Mempromosikan aktiviti-aktiviti pelancongan yang disusun oleh Kementerian di MaTiC serta penyebaran maklumat pelancongan negeri-negeri melalui perkhidmatan kaunter pelancongan, akses ke laman web pelancongan, dan paparan di Electronic Board.
- Merancang, Mengurus dan Melaksanakan program serta aktiviti kebudayaan dan pelancongan menerusi persembahan, pameran, taklimat dan demonstrasi yang diatur bagi menarik pelancong dalam dan luar Negara datang ke MaTiC.
PIAGAM PELANGGAN
-
Menyediakan ruang dan kemudahan infrastruktur serta bantuan teknikal untuk penggiat seni dan budaya.
-
Mempertingkatkan perkhidmatan kaunter yang cekap dan mesra serta memberi maklumat yang tepat kepada pelancong
-
Memastikan persembahan kebudayaan dan kesenian yang diadakan mengikut jadual yang ditetapkan disamping memperkenalkan seni budaya
-
Menguruskan permohonan tempahan dan sewaan ruang dengan cekap dan menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal yang berkualiti.
-
Memastikan keselesaan dan keselamatan pelancong dan pengunjung sentiasa terjamin.
|