Sindikasi

PAUTAN DALAMAN

Intranet
Webmail

Hits

You are here: LAMAN UTAMA arrow PROFIL KEMENTERIAN arrow Amanat/Ucapan
Amanat dari KSU PDF Cetak
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA

 

Selamat Datang ke Laman Web Kementerian Pelancongan Malaysia

Malaysia adalah negara yang indah untuk dilawati, samada untuk melancong ataupun melabur. Sebagai sebuah negara yang membangun, Malaysia menjanjikan pelbagai peluang untuk ditawarkan kepada anda.

Ambillah masa untuk melayari laman web kami dan anda akan bersetuju bahawa Malaysia adalah suatu destinasi yang menarik dan mengkagumkan. Lawatan ke Malaysia, adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Laman web ini memberi fokus kepada industri pelancongan. Pelbagai maklumat berguna berhubung dengan industri pelancongan di Malaysia boleh diperolehi di sini. Apa yang terdapat dalam laman web kami ialah berkenaan peluang-peluang kerjaya, perniagaan, pelesenan, tempat-tempat menarik, penginapan dan seumpamanya. Kami juga menyediakan borang-borang untuk permohonan seperti lesen, pinjaman serta sebarang maklumat tentang peraturannya.

Bagi mereka yang merancang untuk bercuti dan mengembara bolehlah melayari laman web agensi dan portal rasmi pelancongan Malaysia yang turut di rangkaikan melalui laman web ini, bagi memilih destinasi percutian mereka yang menarik dan bersesuaian.

Akhir sekali saya sarankan agar terus melayari laman web kami untuk mendapatkan maklumat pelancongan yang bermakna dan tepat. Saya mengalu-alukan maklumbalas anda, jika anda mempunyai sebarang pandangan, kemusykilan dan maklumbalas yang lain bolehlah menghantar melalui borang maklumbalas kami.

Sekian, terima kasih.

 
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 28 May 2008 )
 
priv_bm.gif kselamatan_bm.gif