|
SIAPA BOLEH MEMOHON
- Pemohon mestilah sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
BORANG PERMOHONAN
NAMA SYARIKAT
- Nama yang digunakan oleh syarikat hendaklah sesuai dan melambangkan perniagaan pengendalian pelancongan atau agensi pengembaraan.
- Jenis Perniagaan Yang Dilesenkan:
- Perniagaan Pengendalian Pelancongan.
- Pelancongan Dalam Negeri (Inbound Tour).
- Pelancongan Luar Negeri (Outbound Tour).
- Perniagaan Agensi Pengembaraan (Ticketing).
KERTAS KERJA
MODAL BERBAYAR
- Dalam Bandar-Bandar Utama
- RM200,000.00 bagi satu atau mana-mana dua atau tiga kombinasi jenis perniagaan.
- Luar Bandar-Bandar Utama
- RM200,000.00 bagi ketiga-tiga kombinasi di antara jenis Perniagaan Pelancongan (Inbound, Outbound & Ticketing)
- RM150,000.00 bagi kombinasi jenis Perniagaan Pelancongan Dalam Negeri dan Perniagaan Agensi Pengembaraan (Inbound & Ticketing).
- RM200,000.00 bagi Pelancongan Luar Negeri (Outbound)
- RM100,000.00 bagi Perniagaan Agensi Pengembaraan.
JUMLAH PEGANGAN MODAL SAHAM BERBAYAR
- Warganegara Malaysia.
- Ekuiti Asing.
- Ekuiti asing pegangan melalui syarikat dihadkan kepada maksima 30%.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
- Borang Akta Syarikat 1965 yang telah disahkan benar oleh pejabat Pendaftar Syarikat.
- Dua (2) salinan Memorandum dan Tataurusan Syarikat.
- Dua (2) salinan Borang 9-Certificate of Incorporation of Private Company.
- Dua (2) salinan Borang 13-Certificate of Incorporation on Change of Name of Company.
- Dua (2) salinan Borang 24-Returned of Allotment of Shares.
- Dua (2) salinan Borang 25-Statement Containing Particulars of Shares Alloted Otherwise Than For Cash.
- Dua (2) salinan Borang 32A-Form of Transfer of Securities.
- Dua (2) salinan Borang 49-Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Change of Particulars.
- Dua salinan sijil saham bagi setiap pemegang saham modal berbayar.
- Dua keping gambar warna terbaharu berukuran pasport bagi setiap ahli Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham Modal Berbayar.
FI PEMPROSESAN
- Fi pemprosesan sebanyak RM100.00 hendaklah dikemukakan semasa memohon.
CARA BAYARAN
Semua bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk deraf bank / kiriman wang / cashier's order di atas nama Pesuruhjaya Pelancongan, Kementerian Pelancongan. Nama syarikat dan nombor rujukan fail Kementerian (jika ada) hendaklah ditulis dengan terang di belakang deraf bank / kiriman wang / cashier's order berkenaan.
PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN
- Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur - Permohonan dari wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya,Selangor, Negeri Sembilan, sebahagian daripada daerah Negeri Pahang (daerah Temerloh, Jerantut, Bera, Raub, Bentong, Kuala Lipis dan Cameron Highlands) dan sebahagian daripada Negeri Perak (Bandar Ipoh, daerah Tanjung Malim, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Pulau Pangkor, Sitiawan dan Batu Gajah).
- Pejabat Pelesenan Wilayah Utara - Permohonan dari Kedah, Langkawi, Pulau Pinang, Perlis dan Perak Utara yang meliputi Bandar-bandar di Utara Ipoh (Faerah Taiping, Grik, Lenggong, Sg. Siput, Kampar dan Kuala Kangsar dan Krian).
- Pejabat Pelesenan Wilayah Timur - Permohonan dari Kelantan, Terengganu dan sebahagian Pahang (Bandar Kuantan, Daerah Pekan dan Maran).
- Pejabat Pelesenan Wilayah Selatan - Permohonan dari Johor, Melaka dan sebahagian daripada Pahang (Daerah Rompin dan Pulau Tioman).
- Pejabat Pelesenan Wilayah Sabah - Permohonan dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
- Pejabat Pelesenan Wilayah Sarawak - Permohonan dari Sarawak.
|