|
Dasar, Perancangan & Perhubungan Antarabangsa |
|
|
|
|
|
FUNGSI BAHAGIAN
- Menggubal dasar-dasar pelancongan dan merangka strategi-strategi pembangunan industri pelancongan negara.
- Memantau pelaksanaan Dasar Pelancongan Negara (DPN) yang berkaitan dengan aspek-aspek struktur organisasi, produk, pemasaran, gunatenaga, pengangkutan, petunjuk-petunjuk pelancongan, sosio-budaya dan makro-ekonomi.
- Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pelancongan.
- Merancang pembangunan produk-produk baru pelancongan seperti pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan, pelancongan sukan, pelancongan layar, pelancongan desa, pelancongan khusus ( special interest ) dan sebagainya.
- Membangunkan pangkalan data pelancongan dan membangunkan Akaun Satelit Pelancongan Malaysia.
- Menggalakkan hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa dalam bidang kerjasama pelancongan dan promosi pelancongan
- Menyertai pelbagai forum kebangsaan dan antarabangsa untuk memajukan kepentingan Malaysia di dalam bidang pelancongan.
- Menguruskan permohonan warganegara asing yang ingin tinggal di Malaysia di bawah Program Malaysia My Second Home (MM2H) serta berfungsi sebagai Pusat Sehenti bagi membolehkan warganegara asing mendapatkan maklumat mengenai program ini serta khidmat nasihat mengenai keadaan hidup di Malaysia.
- Memberi input dan pandangan kepada Kementerian / Jabatan / Agensi terhadap perkara-perkara yang melibatkan bidang pelancongan terutama mengenai aspek kemudahan masuk pelancong asing ke Malaysia
|
PIAGAM PELANGGAN
- Memproses permohonan Program Rumah KeduaKu (MM2H) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
|
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 14 July 2008 )
|