Sindikasi

PAUTAN DALAMAN

Intranet
Webmail

Hits

You are here: LAMAN UTAMA arrow Unit Audit Dalam
Unit Audit Dalam PDF Cetak

FUNGSI UNIT

  • Membantu pengurusan atasan bagi memastikan sama ada operasi kewangan diuruskan dengan teratur dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang diwajibkan.
  • Membantu pengurusan atasan memastikan semua rekod-rekod kewangan, maklumat pengurusan dan sistem kawalan dalaman adalah sempurna, tepat dan memuaskan.
  • Mengkaji dan menilai secara sistematik operasi Kementerian bagi memastikan kecekapan dan keberkesanannya.
  • Menyediakan laporan bebas, objektif dan jelas kepada Ketua setiausaha Kementerian mengenai operasi dan sistem kawalan dalaman di kementerian.
  • Mengemukakan syor-syor bagi memperbaiki pengurusan kewangan, stor dan sumber-sumber lain serta sistem kawalan dalaman bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya.
  • Mengemukakan maklumat-maklumat kepada Bahagian Sistem Pengurusan Kewangan Perbendaharaan Malaysia apabila diperlukan

PIAGAM PELANGGAN

  • Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada piawaian pengauditan antarabangsa
  • Mengeluarkan laporan audit dan pemerhatian audit yang bebas, objektif dan tepat dalam tempoh satu bulan dari tarikh auditan selesai dibuat
  • Menyediakan rancangan audit selewat-lewatnya pada 31 januari dan laporan tahunan audit pada 31 mac tahun berikutnya
  • Memantau pelaksanan syor-syor / teguran dalam satu bulan dari tarikh bulan dari tarikh laporan auditan dikeluarkan
     
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 28 May 2008 )
 
priv_bm.gif kselamatan_bm.gif