Sindikasi

PAUTAN DALAMAN

Intranet
Webmail

Hits

You are here: LAMAN UTAMA arrow KURSUS arrow Pemandu Pelancong arrow Asas Tahap 3
Kursus Asas Pemandu Pelancong Tahap 3 PDF Cetak
KELAYAKAN AKADEMIK
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    • tahap minima 6 subjek lulus dalam satu peperiksaan
    • lulus Bahasa Melayu
  • Calon-calon yang mempunyai Sijil Malaysian Certificate of Education (MCE) sejak tahun 1978 perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang Industri Pelancongan.
  • Sijil, Diploma dan Ijazah yang diperolehi perlu mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
TEMPOH KURSUS
  • Tempoh kursus dalam tempoh 4 hingga 6 bulan.
    • tempoh minimum untuk Kursus Pemandu Pelancong (Asas) adalah 4 bulan dan perlu menghabiskan masa sebanyak 500 jam (contact hour) sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan.
    • Pecahan masa kursus adalah seperti berikut:
      - kuliah/ceramah : 260 jam (minimum)
      - praktikal Koc : 80 jam (minimum)
      - tugasan NOSS : 160 jam
BAYARAN
  • Bayaran yang dikenakan oleh Institut-institut yang diiktiraf oleh Kementerian adalah RM3000.00 hingga RM5000.00 bagi satu kursus - bayaran ini bergantung kepada pengalaman calon dan bilangan pensyarah bagi bahasa asing.
  • Bagi calon-calon yang gagal dalam peperiksaan boleh mengulang dalam tempoh dua tahun (mulai dari tarikh keputusan dikeluarkan) -bayaran yang dikenakan adalah RM180.00 untuk satu bahasa.
  • Calon-calon yang berminat untuk membuat penambahan bahasa dalam lesen Pemanduan Pelancong diwajibkan mengikuti peperiksaan dan bayaran yang dikenakan ialah RM90.00 untuk satu bahasa.
PENDAFTARAN
  • Calon-calon yang berminat untuk memasuki kursus ini perlu berdaftar dengan Institut Latihan Pelancongan (ILP) yang telah diiktiraf oleh Kementerian.
  • Pendaftaran calon dengan Kementerian akan diuruskan oleh ILP dengan mengemukakan salinan kad pengenalan, sijil SPM dan sijil-sijil lain yang berkaitan yang telah disahkan kepada Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia.
     
PEPERIKSAAN
  • Peperiksaan Kursus Pemandu Pelancong (Asas) diadakan sebanyak tiga (3) kali setahun -Bulan April, Ogos dan Disember.
  • Bagi calon-calon yang mengulang perlu menduduki semua peperiksaan termasuk oral, slide, koc dan ujian bertulis dalam satu peperiksaan.
  • ILP dan calon perlu mendapatkan sijil pengesahan daripada Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) yang membuktikan calon trampil sebelum menduduki Peperiksaan Pemandu Pelancong (Asas) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
  • Calon-calon yang berminat untuk membuat penambahan bahasa dalam lesen pemanduan pelancong perlu menduduki peperiksaan praktikal iaitu oral, slide dan koc.
  • Peperiksaan Pemandu Pelancong (Asas) ini terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu Peperiksaan Bertulis dan Peperiksaan Praktikal iaitu:
    - Peperiksaan Praktikal : 80 %
    - Peperiksaan Bertulis : 20%
  • Peperiksaan Praktikal terdiri daripada oral, slide dan koc. Manakala Peperiksaan Bertulis terbahagi kepada dua (2) kertas iaitu Kertas 1 dan Kertas 2 (esei).

{print showbutton="true"}

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 28 May 2008 )
 
priv_bm.gif kselamatan_bm.gif