Hear this content
Increase font size
Decrease font size
Print this content

Lesen Bas Persiaran / Kereta Sewa Pandu

GARIS PANDUAN PERMOHONAN BARU LESEN BAS PERSIARAN
  • Pemohon mesti mempunyai lesen perniagaan pelancongan dalam negeri yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.
  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang 1 (Subperaturan 3(1).
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan dalam Borang 1 (Subperaturan 3(1)). Borang tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengarah dan dilengkapi dengan cop syarikat.
  • Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan Pelancongan melalui Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.
  • Menyertakan fi pemerosesan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  • Sebarang kompaun mestilah dijelaskan sebelum permohonan dapat diproses (Jika ada).
  • Sekiranya permohonan yang diterima tidak lengkap, Kementerian akan menghantar notis 14 hari kepada syarikat bagi mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Sekiranya diluluskan, Kementerian akan mengeluarkan Surat Kelulusan Bersyarat bagi tujuan melesenkan kenderaan
  • Piagam Pelanggan: 35 haridengan syarat maklumat lengkap.
DOKUMEN SOKONGAN
  • Salinan penyata kewangan terkini yang diaudit (Jika berkenaan).
  • Salinan penyata bank bagi 3 bulan terakhir / kemudahan kewangan.
  • Statistik pelancong yang diuruskan bagi tempoh 3 bulan terakhir.
  • Salinan invois penyewaan bas persiaran dari syarikat lain bagi tempoh 3 bulan terakhir.
  • Senarai pemilikan lesen bas persiaran yang telah dimiliki.
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (Perjanjian/surat tawaran yang diterima daripada pihak hotel/agensi/syarikat/organisasi/persatuan).
GARIS PANDUAN PERMOHONAN BARU KERETA SEWA DAN PANDU
  • Pemohon mesti mempunyai lesen perniagaan pelancongan dalam negeri yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.
  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang 2 (Subperaturan 3(1)).
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan dalam Borang 2 (Subperaturan 3(1)). Borang tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengarah dan dilengkapi dengan cop syarikat.
  • Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan Pelancongan melalui Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.
  • Menyertakan fi pemerosesan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  • Sebarang kompaun mestilah dijelaskan sebelum permohonan dapat diproses (Jika ada).
  • Sekiranya permohonan yang diterima tidak lengkap, Kementerian akan menghantar notis 14 hari kepada syarikat bagi mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Sekiranya diluluskan, Kementerian akan mengeluarkan Surat Kelulusan Bersyarat bagi tujuan melesenkan kenderaan.
  • Piagam Pelanggan: 35 haridengan syarat maklumat lengkap.
DOKUMEN SOKONGAN
  • Salinan penyata kewangan terkini yang diaudit (Jika berkenaan).
  • Salinan penyata bank bagi 3 bulan terakhir / kemudahan kewangan.
  • Salinan kontrak / perjanjian surat tawaran terbaru yang diterima bagi penyewaan kereta sewa dan pandu syarikat.
  • Statistik penyewaan kereta sewa dan pandu syarikat oleh mana-mana pihak bagi tempoh 3 bulan terkini.
  • Senarai pemilikan lesen kereta sewa dan pandu yang telah dimiliki.
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN BAS PERSIARAN
  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang 4 (Subperaturan 7(1)).
  • Pemohon hendaklah menggunakan satu borang yang berasingan bagi setiap lesen yang hendak diperbaharui.
  • Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen sokongan seperti dinyatakan dalam borang. Borang tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengarah dan dilengkapi dengan cop syarikat
  • Borang permohonan hendaklah sampai kepada Pesuruhjaya Pelancongan tidak kurang 30 hari dan tidak lebih 60 hari sebelum tamat tempoh lesen sekarang.
  • Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan Pelancongan melalui Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.
  • Menyertakan fi pemerosesan sebanyak RM20.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  • Lesen lama hendaklah dikembalikan semasa lesen baru dikeluarkan.
  • Pemohon hendaklah menyelesaikan kompaun yang dikenakan kerana melanggar AIP 1992 dan APKP 1999 (Jika ada).
  • Had usia bas persiaran adalah sehingga 12 tahun dan tambahan 1 tahun sekiranya ada rayuan.
  • Permohonan pembaharuan bas persiaran yang berusia lebih 10 tahun mestilah disertakan dengan laporan pemeriksaan fizikal bas persiaran oleh pegawai Kementerian.
  • Piagam Pelanggan: 7 -10 hari
  • Fee lesen bas persiaran RM60.00 setahun
DOKUMEN SOKONGAN
  • Salinan lesen bas persiaran
  • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan
  • Salinan lesen KPL
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN KERETA SEWA DAN PANDU
  • Pemohonan hendaklah menggunakan Borang 5 (Subperaturan 7(1)).
  • Pemohon hendaklah menggunakan satu borang yang berasingan bagi setiap lesen yang hendak diperbaharui.
  • Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen sokongan seperti dinyatakan dalam borang. Borang tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengarah dan dilengkapi dengan cop syarikat
  • Borang permohonan hendaklah sampai kepada Pesuruhjaya Pelancongan tidak kurang 30 hari dan tidak lebih 60 hari sebelum tamat tempoh lesen sekarang.
  • Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan Pelancongan melalui Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.
  • Menyertakan fi pemerosesan sebanyak RM20.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  • Lesen lama hendaklah dikembalikan semasa lesen baru dikeluarkan.
  • Pemohon hendaklah menyelesaikan kompaun yang dikenakan kerana melanggar AIP 1992 dan APKP 1999 (Jika ada).
  • Piagam Pelanggan : 7 - 10 hari
  • Fee lesen kereta sewa dan pandu : RM40.00 setahun
  • Had usia kereta sewa dan pandu adalah seperti berikut:
    1. 6 tahun untuk 1800cc ke bawah
    2. 8 tahun untuk 2000cc ke atas
DOKUMEN SOKONGAN
  • Salinan lesen kereta sewa dan pandu
  • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan
  • Salinan lesen KPL
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGUBAHAN SYARAT-SYARAT LESEN BAS PERSIARAN / KERETA SEWA DAN PANDU
  • Pemohonan hendaklah menggunakan Borang 6 (Subperaturan 14(1)).
  • Pemohon hendaklah menggunakan satu borang yang berasingan bagi setiap lesen yang hendak diubah syarat.
  • Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen sokongan seperti dinyatakan dalam borang. Borang tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengarah dan dilengkapi dengan cop syarikat
  • Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan Pelancongan melalui Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.
  • Menyertakan fi pemerosesan sebanyak RM10.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  • Lesen lama hendaklah dikembalikan semasa lesen baru dikeluarkan.
  • Pemohon hendaklah menyelesaikan kompaun yang dikenakan kerana melanggar AIP 1992 dan APKP 1999 (Jika ada).
  • Piagam Pelanggan : 7 - 10 hari
  • Jenis-jenis pengubahan syarat-syarat lesen bas persiaran / kereta sewa dan pandu:
  • Selaras nama syarikat-
    • Berdasarkan kelulusan unit TOBTAB
  • Selaras alamat syarikat-
    • Berdasarkan kelulusan unit TOBTAB
  • Tukar enjin / chasis-
    • Berdasarkan penukaran no. enjin/chasis di kad pendaftaran kenderaan.
  • Ganti kenderaan-
    • Mengganti kenderaan lama kepada kenderaan baru atau telah melebihi usia yang dibenarkan.
  • Ubah bilangan tempat duduk-
    • Bas persiaran :
      • 8-16 penumpang
      • 17-26 penumpang
      • 27-40 penumpang
      • 44 penumpang (ruang kaki mestilah minimum 15.6'')
      • 45 penumpang - dikaji berdasarkan kes
    • Kereta sewa pandu:
      • 5-10 penumpang
  • Tukar kod pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan -
    • Penukaran kod pendaftaran negeri JPJ bagi memudahkan proses pendaftaran kenderaan.
DOKUMEN SOKONGAN
  • Salinan lesen KPL.
  • Salinan lesen bas persiaran / kereta sewa dan pandu.
  • Salinan kad pendaftaran kenderaan.
  • Justifikasi permohonan pengubahan / pelan kenderaan baru yang diluluskan oleh JPJ. (Sekiranya momohon pengubahan bilangan tempat duduk).
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan status permohonan.
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGUBAHAN SYARAT KE ATAS SURAT KELULUSAN BERSYARAT BAS PERSIARAN / KERETA SEWA DAN PANDU
  • Pemohonan hendaklah menggunakan Borang 7 (Subperaturan 4(4)).
  • Pemohon boleh memohon penggubahan syarat ke atas beberapa surat kelulusan bersyarat dengan menggunakan satu borang sahaja
  • Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen sokongan seperti dinyatakan dalam borang. Borang tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengarah dan dilengkapi dengan cop syarikat.
  • Borang permohonan hendaklah sampai kepada Pesuruhjaya Pelancongan tidak kurang 30 hari sebelum tamat tempoh surat kelulusan bersyarat.
  • Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan Pelancongan melalui Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.
  • Menyertakan fi pemerosesan sebanyak RM10.00 bagi setiap surat kelulusan bersyarat dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  • Pemohon hendaklah menyelesaikan kompaun yang dikenakan kerana melanggar AIP 1992 dan APKP 1999 (Jika ada).
  • Piagam Pelanggan: 7 - 10 hari
  • Jenis-jenis pengubahan syarat-syarat lesen bas persiaran / kereta sewa dan pandu:
  • Lanjut tempoh surat kelulusan -
  • Tempoh surat kelulusan : 1 tahun
  • Lanjut tempoh : 6 bulan + 6 bulan
  • Sekiranya masih gagal untuk melesenkan kenderaan selepas 2 tahun, pelanjutan seterusnya dikaji berdasarkan kes.
    • Ubah bilangan tempat duduk-
      • Bas persiaran :
        • 8-16 penumpang
        • 17-26 penumpang
        • 27-40 penumpang
        • 44 penumpang (ruang kaki mestilah minimum 15.6')
        • 45 penumpang - dikaji berdasarkan kes
DOKUMEN SOKONGAN
  • Salinan lesen KPL
  • Surat asal "Surat Kelulusan Bersyarat" yang telah diterima
  • Borang spesifikasi asal yang telah diterima
  • Justifikasi permohonan pengubahan / pelan kenderaan baru yang diluluskan oleh JPJ. (Sekiranya momohon pengubahan bilangan tempat duduk).
  • Salinan resit pembelian / tempahan kenderaan atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan permohonan.
GARIS PANDUAN PENGESAHAN KERETA SEWA DAN PANDU DAN 4WD UNTUK PENGECUALIAN DUTI EKSAIS
  • Pemohon mesti mempunyai lesen perniagaan pelancongan dalam negeri yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.
  • Pemohon mestilah telah diluluskan lesen kereta sewa dan pandu dengan Kementerian Pelancongan.
  • Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan Pelancongan melalui Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.
  • Pemohon mesti telah menempah pembelian kereta sewa dan pandu dengan pihak berkenaan.
  • Pengecualian duti eksais hanya melibatkan kereta baru sahaja.
  • Pengecualian duti eksais juga hanya dibenarkan kepada kereta nasional sahaja bagi kereta sewa pandu manakala untuk 4WD hanya dibenarkan untuk pemasangan tempatan.
  • Bagi kenderaan 4WD hanya pengusaha pelancongan sahaja dibenarkan. Pengusaha kereta sewa dan pandu tidak layak untuk memohon.
  • Borang permohonan perlu diambil di Perbendaharaan dan disahkan oleh Pengarah syarikat.
  • Kementerian akan mengeluarkan surah pengesahan kepada Perbendaharaan dan pemohon sekiranya layak.
DOKUMEN SOKONGAN
  • Borang permohonan yang dikemukakan lengkap dan disahkan oleh Pengarah Syarikat.
  • Senarai lesen dan kereta sewa pandu yang dimiliki oleh syarikat.
  • Senarai kereta sewa pandu yang dipohon untuk mendapat pengecualian
  • Senarai nombor rujukan kelulusan lesen baru atau ganti kenderaan.
  • Peratusan penggunaan kereta sewa dan pandu syarikat untuk pelancongan dan sewaan korporat.
  • Ringkasan bukti penyewaan kereta sewa dan pandu kepada pelanggan / pelancong.
GARIS PANDUAN RAYUAN PERMOHONAN BARU LESEN BAS PERSIARAN / KERETA SEWA DAN PANDU
  • Permohonan rayuan mesti dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat penolakan dihantar kepada pemohon.
  • Pemohon perlu menyertakan surat rayuan syarikat bersama dokumen sokongan yang tidak disertakan dalam permohonan baru lesen bas persiaran dan kereta sewa dan pandu sebelum ini.
  • Permohonan rayuan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia.
  • Sebarang kompaun mestilah dijelaskan sebelum permohonan dapat diproses (Jika ada).
  • Sekiranya permohonan yang diterima tidak lengkap, Kementerian akan menghantar notis 14 hari kepada syarikat bagi mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Sekiranya diluluskan, Kementerian akan mengeluarkan Surat Kelulusan Bersyarat bagi tujuan melesenkan kenderaan
  • Piagam Pelanggan: 35 hari dengan syarat maklumat lengkap.
GARIS PANDUAN RAYUAN PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN BAS PERSIARAN / KERETA SEWA DAN PANDU
  • Permohonan rayuan mesti dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat penilakan dihantar kepada pemohon.
  • Pemohon perlu menyertakan surat rayuan syarikat dengan menyatakan sebab-sebab perlu dilanjutkan pembaharuan. Dokumen sokongan jika ada
  • Permohonan rayuan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia
  • Lesen lama hendaklah dikembalikan semasa lesen baru dikeluarkan.
  • Pemohon hendaklah menyelesaikan kompaun yang dikenakan kerana melanggar AIP 1992 dan APKP 1999 (Jika ada)
GARIS PANDUAN PENGELUARAN LESEN BARU / UBAH SYARAT BAS PERSIARAN / KERETA SEWA DAN PANDU
  • Pemohon perlu menyertakan semua dokumen sokongan seperti di dalam senarai semakan bagi tujuan pengeluaran lesen.
  • Fee lesen :
    • Bas persiaran - RM60.00 setahun
    • Kereta sewa dan pandu - RM40.00 setahun
DOKUMEN SOKONGAN
  • Borang speksifikasi (salinan KPL) diisi lengkap dan telah ditandatangani serta dicop oleh JPJ
  • Salinan surat kelulusan bersyarat lesen baru / ubah syarat
  • Salinan lesen KPL
  • Salinan lesen bas persiaran / kereta sewa dan pandu.(Sekiranya spesifikasi ganti kenderaan).
  • Salinan laporan pemeriksaan PUSPAKOM
GARIS PANDUAN PERMOHONAN LESEN SEMENTARA BAS PERSIARAN / KERETA SEWA DAN PANDU
  • Pemohon mesti mempunyai lesen perniagaan pelancongan dalam negeri yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.
  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang 1 (Subperaturan 3(1)) bagi bas persiaran dan Borang 2 (Subperaturan 3(1)) bagi kereta sewa dan pandu.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan dalam Borang 1 (Subperaturan 3(1)) bagi bas persiaran dan Borang 2(Subperaturan 3(1)) bagi kereta sewa dan pandu. Borang tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengarah dan dilengkapi dengan cop syarikat.
  • Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan Pelancongan melalui Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan.
  • Menyertakan fi pemerosesan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.
  • Had maksimum bagi lesen sementara adalah 6 bulan sahaja.
  • Sebarang kompaun mestilah dijelaskan sebelum permohonan dapat diproses (Jika ada).
DOKUMEN SOKONGAN
  • Surat syarikat yang menyatakan tujuan permohonan dan tempoh lesen sementara yang dipohon.
  • Salinan kad pendaftaran kenderaan yang hendak dilesenkan sementara sebagai kenderaan pelancongan.
  • Surat sokongan dari pihak yang berkaitan (Jika ada).
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGECUALIAN PEMANDU PELANCONG DALAM BAS PERSIARAN OLEH MANA-MANA ORANG PERSATUAN, PERTUBUHAN ATAU SYARIKAT
  1. Pengecualian Pemandu Pelancong dalam bas persiaran hanya boleh diluluskan bagi tujuan-tujuan berikut :-
    • Aktiviti Sukan / Retreat
    • Upacara Keagamaan
    • Kematian
    • Perkahwinan
    • Mesyuarat / Persidangan, Seminar / Konvensyen, "Transfer Point to Point" yang tidak melibatkan persinggahan di tempat-tempat pelancongan seperti Dinner Transfer, Crew Transfer dan Airport Transfer.
    • Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar sekolah
    • Lain-lain aktiviti yang difikirkan layak oleh KPL.
  2. Bagi permohonan crew transfer syarikat perlu mengemukakan salinan perjanjian dengan syarikat penerbangan / hotel / pemilik bas persiaran
  3. Setiap permohonan untuk mendapatkan pengecualian khidmat pemandu pelancong berlesen hendaklah dibuat melalui Agensi Pelancongan yang berlesen dengan Kementerian ini.
  4. Permohonan hendaklah dibuat atas borang permohonan yang disediakan dengan menyertakan dokumen-dokumen seperti di senarai semak yang disertakan bersama ini.
  5. Permohonan yang lengkap hendaklah diterima oleh Kementerian ini tidak lewat dari tiga (3) hari bekerja sebelum perjalanan dibuat. Sebarang permohonan yang lewat tidak akan dilayan.
  6. Lesen Agensi Pelancongan dan Pengembaraan serta permit bas persiaran yang digunakan masih sah pada masa permohonan.
  7. Semua kompaun yang diterima oleh agensi pelancongan dan pengembaraan yang terlibat telah dijelaskan sebelum permohonan ini dipertimbangkan.
  8. Kementerian berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  9. Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada :-
PESURUHJAYA PELANCONGAN
Kementerian Pelancongan Malaysia (Bahagian Pelesenan Pelancongan)

Aras 1, No. 2, Menara 1, Jalan P5/6,
Presint 15, 62200 Putrajaya

Hits Last Updated Share This Content
23802 20 March 2012