• Home
  • Ministry's Programmes
  • Tourism Programmes
  • Homestay & Kampungstay

Homestay & Kampungstay

Program Pengalaman Homestay Malaysia

Program Pengalaman Homestay Malaysia

Program Pengalaman Homestay Malaysia telah dilancarkan pada tahun 1995 di Temerloh. Program ini merupakan sebuah inisiatif di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan.

Homestay adalah merupakan satu bentuk pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah pengusaha homestay yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Para pelancong berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka. Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada produk pelancongan lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman.

Maklumat Lanjut
Program Kampungstay

Program Kampungstay

Kampungstay merupakan salah satu produk pelancongan yang berpotensi dikawasan luar bandar. Program ini merupakan sebuah inisiatif di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan. Pelaksanaan Kampungstay ini juga merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan Program Homestay di Malaysia.

Kampungstay merupakan satu bentuk pengalaman di mana para pelancong disediakan dengan kemudahan penginapan tetapi tidak tinggal bersama dengan tuan rumah. Walau bagaimanapun para pelancong masih berpeluang untuk berinteraksi serta mengikuti aktiviti seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka. Rumah yang disediakan tersebut dilengkapi dengan kemudahan asas untuk keselesaan pelancong dan bercirikan kehidupan masyarakat kampung.

Maklumat Lanjut

Last updated :




Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.