| Written by Admin | At Monday, 04 May 2009 08:00 |
VISI
- Membangunkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
MISI
- Bekerjasama dengan semua penggiat industri untuk meletakkan industri pelancongan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi yang lestari.
DASAR PELANCONGAN NEGARA
- Menjadikan Industri Pelancongan Negara sebagai satu sektor utama, lestari, berdaya maju dan berkualiti dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
OBJEKTIF
- Meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara.
- Memperkasakan komuniti luar bandar melalui aktiviti pelancongan luar bandar.
- Memangkin pembangunan 1Malaysia melalui aktiviti pelancongan.
FUNGSI
- Menggubal dasar pelancongan negara bagi mencapai visi, misi dan objektif kementerian.
- Melaksanakan dasar-dasar berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan industri pelancongan.
- Menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan program dan projek pelancongan.
DASAR KUALITI Kementerian Pelancongan komited terhadap penyampaian perkhidmatan industri pelancongan yang berkualiti kepada pelanggan berdasarkan MS ISO 9001:2000.
Kementerian Pelancongan sentiasa melaksanakan penambahbaikan berterusan terhadap Sistem Pengurusan Kualitinya untuk meningkatkan keberkesanan sistem yang dilaksanakan.
|
|
Last Updated on Tuesday, 03 August 2010 08:59 |