Activities Calendar

< September 2010 >
 Mon  Tue  Wed  Thu  Fri  Sat  Sun 
  
1719
2021222324
   
Cuti-Cuti 1Malaysia
Facebook Fan
down
Web Mobile
down
Online Services
down
Document Download
down
Audio Gallery
down
Tender/Quotation
Latest Video
Piagam Pelanggan PDF Print E-mail
Written by Admin | At Wednesday, 06 May 2009 08:00
  • Menyediakan penyampaian perkhidmatan pelancongan yang berkualiti dan menepati masa.
  • Menyediakan aktiviti / program / kegiatan pelancongan yang berkualiti bagi menggalakkan penglibatan dan penghayatan masyarakat terhadap industri pelancongan.
  • Menyediakan prasarana pelancongan yang bermutu tinggi dan berdaya maju di seluruh negara.
  • Menguatkuasakan dan melaksanakan peruntukan-peruntukan dalam akta industri pelancongan, akta pelesenan kenderaan pelancongan termasuk peraturan-peraturan di bawahnya dilaksanakan sepenuhnya secara efisien dan efektif.
  • Mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan yang unggul di peringkat domestik dan antarabangsa.

1. Urusan Pelesenan
  • Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen-lesen kepada syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOB/TAB) dalam masa 20 hari bekerja;
  • Menentukan proses kelulusan pembaharuan lesen kepada syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOB/TAB) dalam masa lima (5) hari bekerja;
  • Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen-lesen bas persiaran dan kereta sewa pandu dalam masa 20 hari bekerja;
  • Menentukan proses kelulusan pembaharuan lesen-lesen bas persiaran dan kereta sewa pandu dalam masa tiga (3) hari bekerja;
  • Menentukan proses pendaftaran premis penginapan pelancong dalam masa tiga (3) hari bekerja; 
  • Menentukan proses pengklasifikasian premis penginapan pelancong dalam masa 20 hari bekerja;
  • Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen Institusi Latihan Pelancongan dalam masa 20 hari bekerja;
  • Menentukan proses pembaharuan lesen Institusi Latihan Pelancongan dalam masa dua (2) hari bekerja;
  • Menentukan proses pengeluaran permit mengajar bagi Institusi Latihan Pelancongan dalam masa tiga (3) hari bekerja;
  • Menentukan proses kelulusan dan pengeluaran lesen pemandu pelancong dalam masa lima (5) hari bekerja;
  • Menentukan proses pembaharuan lesen pemandu pelancong dalam masa dua (2) hari bekerja;
  • Menentukan proses dan kelulusan pengecualian menggunakan pemandu pelancong dalam masa tiga (3) hari bekerja;

2. Urusan Perkhidmatan Pelancongan
  • Memberi khidmat nasihat dan konsultasi bagi isu-isu berkaitan dengan Bahagian Perkhidmatan Pelancongan dalam masa 3 minit masa menunggu di kaunter.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Asas Pemandu Pelancong dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Tahap II dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Pengesahan Pemandu Pelancong dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
  • Permohonan Pinjaman Dana Pelancongan:
    a) Memproses dan memanggil untuk pembentangan permohonan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
    b) Membuat keputusan permohonan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh pembentangan.
  • Meluluskan dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Projek Pelancongan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan sijil kursus latihan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan laporan terakhir dari penganjur.
  • Dengan syarat segala peraturan dan syarat kelayakan dipenuhi pada tarikh permohonan diterima.

3. Urusan Pemprosesan Permohonan Program MM2H
  • Memproses permohonan Program Rumah KeduaKu (MM2H) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
Last Updated on Friday, 09 April 2010 10:58
  Malaysia Ministry of Tourism,
Dato' Onn Tower,
Putra World Trade Centre,
45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan, MALAYSIA.

Telephone: 03-26937111
Fax: 03-26941146
E-Mail: info@motour.gov.my
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval