TAWARAN DISKAUN KOMPAUN

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) sedang menawarkan tawaran diskaun bayaran kompaun pada kadar 50% ke atas semua kompaun yang telah dikeluarkan sehingga 15 Mac 2018 untuk membantu pesalah-pesalah di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (AIP1992) menyelesaikan kompaun yang diterima oleh mereka.

Inisiatif ini adalah terpakai ke atas semua jenis kesalahan bagi membolehkan pesalah-pesalah AIP 1992 menjelaskan bayaran sebelum tarikh akhir tawaran kompaun ini pada 31 Mei 2018. Orang ramai adalah disaran untuk mengambil kesempatan ini bagi menyelesaikan kompaun-kompaun tersebut pada atau sebelum tarikh berkenaan untuk mengelakkan tindakan mahkamah di kenakan ke atas mereka, termasuklah hukuman penjara jika di sabit kesalahan.

Pembayaran kompaun ini boleh dijelaskan dalam bentuk bank draf atau wang pos di atas nama Pesuruhjaya Pelancongan di Ibu Pejabat KPK Putrajaya, Pejabat KPK Negeri atau di kaunter khidmat pelanggan KPK terpilih yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

TAWARAN DISKAUN KOMPAUN

Last updated :




Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.