Selamat Datang ke Portal Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

F.A.Q.
Contact Us
Complaints and Feedback
Sitemap

Penambahan Kelonggaran Syarat Sediada Bagi Syarikat Pengendali Pelancongan Berlesen Di Bawah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC)

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC) merupakan agensi Kerajaan yang menguatkuasakan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan Peraturan-Peraturan. Menteri melalui Seksyen 34 (1) dan 34 (2), Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] mempunyai kuasa untuk membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang difikirkan suaimanfaat bagi maksud Akta ini.

Sehubungan dengan itu, bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penggiat industri pelancongan yang terkesan daripada penularan COVID-19, Kementerian ini telah bersetuju untuk memberikan beberapa penambahan kelonggaran syarat sedia ada bagi syarikat pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC iaitu:

  1. Permohonan pembaharuan lesen, tambah bidang dan tambah cawangan tanpa laporan kewangan beraudit untuk permohonan yang dikemukakan mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021;

  2. Kelulusan permohonan pembaharuan lesen diseragamkan kepada dua tahun atau tiga tahun sahaja; dan

  3. Penyewaan premis perniagaan secara co-share office space bagi tempoh jangka pendek.

Justeru, Kementerian ini berharap kelonggaran yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan masalah yang dihadapi oleh syarikat pengendali pelancongan.

Bahagian Pelesenan Pelancongan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Last updated :