Kalendar Aktiviti

< Mac 2010 >
 Isn  Sel  Rab  Kha  Jum  Sab  Aha 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
Cuti-Cuti 1Malaysia
Perkhidmatan Dalam Talian
down
Muat Turun Dokumen
Latest Video
Pelancongan Sukan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Admin | Pada Jumaat, 01 Mei 2009 08:00

PELANCONGAN SUKAN

Malaysia kini semakin giat mempromosikan diri sebagai penganjur dan tuan rumah kepada pelbagai kejohanan sukan dan aktiviti rekreasi bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Malaysia destinasi utama pelancongan sukan di rantau Asia Pasifik. Penganjuran sukan seperti Sukan Komanwel 1998, Formula 1, Powerboat, Le Tour De Langkawi dan sebagainya adalah sebahagian daripada acara sukan yang mendapat pengiktirafan dunia.

Penyediaan kemudahan dan infrastruktur sukan yang lengkap dan canggih menjadikan Malaysia sentiasa bersedia untuk menganjurkan apa jua kejohanan sukan. Kompleks Sukan Negara dan Litar F1 Sepang contohnya adalah infrastruktur sukan bertaraf antaranbangsa yang kini menjadi tumpuan acara-acara sukan terkemuka.

Malaysia juga dikurniakan dengan alam semulajadi yang bukan sahaja indah malah begitu sesuai untuk pelbagai aktiviti berteraskan adventure sports. Ini menggalakkan pelancongan yang mempunyai minat khas untuk datang dan mengalami sendiri aktiviti sukan dalam persekitaran yang begitu mencabar. Selain itu Malaysia juga memiliki lebih daripada 250 padang golf di seluruh negara yang menjadi tarikan mereka yang menggemari sukan golf.

Agensi utama yang bertanggungjawab dalam pelancongan sukan ini adalah Kementerian Belia dan Sukan sementara Kementerian pelancongan membantu dari aspek promosi.

Terakhir dikemaskini pada Rabu, 06 Mei 2009 16:28
  Kementerian Pelancongan Malaysia,
Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra,
45 Jalan Tun Ismail, 50695 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan, MALAYSIA.

Telefon: 03-26937111
Faks: 03-26941146
E-mel: info@motour.gov.my
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval