Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak kandungan ini

Program Pelancongan Pelajar

Pengenalan
Program Pelancongan Pelajar telah dilancarkan pada 24 Februari 2001 oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia bersama dengan Menteri Pendidikan Malaysia.

Matlamat utama program ini adalah untuk :
  • Mempromosikan aktiviti pelancongan domestik bagi memupuk budaya melancong di kalangan pelajar agar melancong ke tempat-tempat bersejarah, kebudayaan, eko-pelancongan dan lain-lain;
  • Menghindari gejala-gejala sosial yang semakin meningkat di kalangan pelajar pada masa kini melalui pengisian masa lapang secara bijak dan berfaedah; dan
  • Mewujudkan perpaduan serta meningkatkan integrasi kaum di kalangan generasi muda melalui aktiviti-aktiviti pelancongan dan pengembaraan yang terancang dan teratur bagi mengeratkan hubungan dan interaksi antara pelajar-pelajar berbilang kaum.
Apakah aktiviti di bawah program ini ?
  1. Kelab Pelancongan Pelajar - Sehingga kini terdapat sebanyak 1,344 kelab pelancongan yang telah ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara. Kelab ini akan menganjurkan aktiviti-aktiviti di peringkat sekolah serta berfungsi sebagai pusat penyaluran maklumat mengenai aktiviti 3P di Kementerian kepada para pelajar. Aktiviti-aktiviti ini termasuk Seminar 3P dan Kuiz Pelancongan.
  2. Seminar 3P - Seminar bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru dan pelajar mengenai faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti pelancongan dan rekreasi di samping menanam budaya melancong selain mengelakkan golongan pelajar daripada terlibat dengan gejala negatif. Peserta juga akan mendapat maklumat terbaru dan promosi serta pakej pelancongan istimewa daripada agensi-agensi pelancongan.
  3. Kuiz Pelancongan Pelajar Peringkat Negeri dan Kebangsaan - Pertandingan ini diadakan setiap tahun dan terbuka kepada semua sekolah bantuan Kerajaan kecuali sekolah berasrama penuh. Pertandingan di peringkat daerah atau negeri akan diadakan bagi memilih wakil ke peringkat Kebangsaan. Pertandingan ini menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk Piala Pusingan Y.B. Menteri Pelancongan Malaysia.

Hit Terakhir Dikemaskini Kongsikan Kandungan Ini
40280 10 Januari 2011