Piagam Pelanggan
- Menyediakan penyampaian perkhidmatan pelancongan yang berkualiti dan menepati masa.
- Menyediakan aktiviti / program / kegiatan pelancongan yang berkualiti bagi menggalakkan penglibatan dan penghayatan masyarakat terhadap industri pelancongan.
- Menyediakan prasarana pelancongan yang bermutu tinggi dan berdaya maju di seluruh negara.
- Menguatkuasakan dan melaksanakan peruntukan-peruntukan dalam akta industri pelancongan, akta pelesenan kenderaan pelancongan termasuk peraturan-peraturan di bawahnya dilaksanakan sepenuhnya secara efisien dan efektif.
- Mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan yang unggul di peringkat domestik dan antarabangsa.
1. Urusan Pelesenan
- Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen-lesen kepada syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOB/TAB) dalam masa 20 hari bekerja;
- Menentukan proses kelulusan pembaharuan lesen kepada syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOB/TAB) dalam masa lima (5) hari bekerja;
- Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen-lesen bas persiaran dan kereta sewa pandu dalam masa 20 hari bekerja;
- Menentukan proses kelulusan pembaharuan lesen-lesen bas persiaran dan kereta sewa pandu dalam masa tiga (3) hari bekerja;
- Menentukan proses pendaftaran premis penginapan pelancong dalam masa tiga (3) hari bekerja;
- Menentukan proses pengklasifikasian premis penginapan pelancong dalam masa 20 hari bekerja;
- Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen Institusi Latihan Pelancongan dalam masa 20 hari bekerja;
- Menentukan proses pembaharuan lesen Institusi Latihan Pelancongan dalam masa dua (2) hari bekerja;
- Menentukan proses pengeluaran permit mengajar bagi Institusi Latihan Pelancongan dalam masa tiga (3) hari bekerja;
- Menentukan proses kelulusan dan pengeluaran lesen pemandu pelancong dalam masa lima (5) hari bekerja;
- Menentukan proses pembaharuan lesen pemandu pelancong dalam masa dua (2) hari bekerja;
- Menentukan proses dan kelulusan pengecualian menggunakan pemandu pelancong dalam masa tiga (3) hari bekerja;
2. Urusan Perkhidmatan Pelancongan
- Memberikan khidmat nasihat dan perundingan bagi isu-isu berkaitan dengan Bahagian Perkhidmatan Pelancongan dalam masa tiga minit masa menunggu di kaunter.
- Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Asas Pemandu Pelancong dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
- Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Tahap II dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
- Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Pengesahan Pemandu Pelancong dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
- Menguruskan Pinjaman Dana Pelancongan dengan cara:
a) Memproses dan memanggil pemohon membentangkan pembentangan permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
b) Mengeluarkan keputusan permohonan dalam 7 hari bekerja dari tarikh pembentangan. - Mengeluarkan Sijil Pendaftaran Projek Pelancongan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Mengeluarkan Surat Sokongan untuk mendapat insentif industri pelancongan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Mengeluarkan sijil kursus latihan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima laporan terakhir daripada penganjur, dengan syarat segala peraturan dan syarat kelayakan dipenuhi pada tarikh permohonan diterima.
3. Urusan Pemprosesan Permohonan Program MM2H
- Memproses permohonan Program Rumah KeduaKu (MM2H) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.








