| Ditulis oleh Admin | Pada Isnin, 04 Mei 2009 08:00 |
VISI
- Menjadikan Malaysia Negara Pelancongan yang Terunggul.
MISI
- Melaksanakan Dasar Pelancongan Negara ke arah menjadikan industri pelancongan sebagai salah satu sumber pendapatan utama negara demi pembangunan negara.
DASAR PELANCONGAN NEGARA
- Menjadikan Industri Pelancongan Negara sebagai satu sektor utama, lestari, berdaya maju dan berkualiti dalam memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.
OBJEKTIF
- Memajukan industri pelancongan yang lestari bagi menjana sumber pendapatan & pekerjaan,
- Mempromosikan sektor pelancongan secara profesional, efektif dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan cita rasa pelancong antarabangsa dan domestik,
- Memperkukuh dan mempertingkat sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti bagi menjamin kepuasan pelancong dan kumpulan sasaran,
FUNGSI
- Menggubal dasar pelancongan negara bagi mencapai visi, misi dan objektif kementerian.
- Melaksanakan dasar-dasar berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan industri pelancongan.
- Menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan program dan projek pelancongan.
DASAR KUALITI KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA Kementerian Pelancongan Malaysia komited terhadap penyampaian perkhidmatan industri pelancongan yang berkualiti kepada pelanggan berdasarkan MS ISO 9001:2000.
Kementerian Pelancongan Malaysia sentiasa melaksanakan penambahbaikan berterusan terhadap Sistem Pengurusan Kualitinya untuk meningkatkan keberkesanan sistem yang dilaksanakan.
|
|
Terakhir dikemaskini pada Khamis, 19 November 2009 13:02 |