Kalendar Aktiviti

< Mac 2010 >
 Isn  Sel  Rab  Kha  Jum  Sab  Aha 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
Cuti-Cuti 1Malaysia
Perkhidmatan Dalam Talian
down
Muat Turun Dokumen
Latest Video
Bahagian Perkhidmatan Pelancongan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Admin | Pada Jumaat, 01 Mei 2009 08:00
FUNGSI BAHAGIAN
  • Membangunkan dan memperkukuh struktur, fungsi dan peranan organisasi atau institusi yang berkaitan dengan industri perkhidmatan pelancongan bagi memantapkan perancangan dan pelaksanaan pembangunan pelancongan.
  • Mempertingkatkan dan mempelbagaikan produk, aktiviti, kemudahan dan perkhidmatan pelancongan berasaskan kekuatan dan keunikan sumber tempatan.
  • Membangunkan dan menggalakkan pelancongan domestik.
  • Membangunkan dan mempertingkatkan sumber manusia dalam sektor perkhidmatan pelancongan negara dengan meningkatkan kemahiran dan kecekapan sektor perkhidmatan pelancongan melalui kursus dan seminar.
  • Menggalakkan pelaburan pelancongan melalui penyediaan insentif, tabung pelancongan dan khidmat nasihat.
  • Menyediakan peraturan dan garis panduan bagi mempertingkat kualiti kemudahan pelancongan.

PIAGAM PELANGGAN
  • Memberikan khidmat nasihat dan perundingan bagi isu-isu berkaitan dengan Bahagian Perkhidmatan Pelancongan dalam masa tiga minit masa menunggu di kaunter.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Asas Pemandu Pelancong dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Tahap II dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Pengesahan Pemandu Pelancong dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
  • Menguruskan Pinjaman Dana Pelancongan dengan cara:
    a) Memproses dan meminta pemohon membentangkan pembentangan permohonan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
    b) Membuat keputusan permohonan dalam 14 hari bekerja dari tarikh pembentangan.
  • Meluluskan dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Projek Pelancongan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan sijil kursus latihan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima laporan terakhir daripada penganjur, dengan syarat segala peraturan dan syarat kelayakan dipenuhi pada tarikh permohonan diterima.
Terakhir dikemaskini pada Khamis, 19 November 2009 15:56
  Kementerian Pelancongan Malaysia,
Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra,
45 Jalan Tun Ismail, 50695 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan, MALAYSIA.

Telefon: 03-26937111
Faks: 03-26941146
E-mel: info@motour.gov.my
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval