|
Bahagian Pengurusan Maklumat |
|
|
|
| Ditulis oleh Admin | Pada Jumaat, 01 Mei 2009 08:00 |
FUNGSI
- Mengenal pasti potensi kegunaan teknologi maklumat dan menggalakkan penerapan teknologi maklumat terkini yang bersesuaian untuk Kementerian Pelancongan Malaysia.
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan teknologi maklumat di Kementerian Pelancongan Malaysia melalui kursus dan bengkel teknologi maklumat.
- Membangunkan dan menyelenggarakan prasarana rangkaian komunikasi untuk Kementerian Pelancongan Malaysia.
- Mentadbir urus data dan maklumat untuk memastikan integriti dan keselamatan bahagian terjamin pada setiap masa bersesuaian dengan teknologi terkini.
- Menyediakan perkakasan ICT mengikut keperluan semasa Kementerian Pelancongan Malaysia.
PIAGAM PELANGGAN
- Menyediakan perkhidmatan jaringan motour net yang sentiasa cekap, stabil dan terjamin keselamatannya pada setiap masa.
- Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal terhadap aduan kerosakan dalam tempoh satu hari dari masa aduan diterima.
- Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal terhadap aduan kerosakkan yang melibatkan perkakasan dalam tempoh lima hingga sepuluh hari.
- Mengemas kini laman web Kementerian http://www.motour.gov.my dari semasa ke semasa mengikut status perubahannya.
- Menyediakan perisian dan perkakasan ICT mengikut keperluan semasa Kementerian Pelancongan Malaysia.
|
|
Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 20 November 2009 09:19 |