Kalendar Aktiviti

< Mac 2010 >
 Isn  Sel  Rab  Kha  Jum  Sab  Aha 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
Cuti-Cuti 1Malaysia
Perkhidmatan Dalam Talian
down
Muat Turun Dokumen
Latest Video
Bahagian Pelesenan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Admin | Pada Jumaat, 01 Mei 2009 08:00
FUNGSI
  • Mengkaji dan menggubal dasar-dasar pelesenan berkaitan perusahaan pelancongan.
  • Mendaftar dan melesenkan perusahaan pelancongan (Pengendalian Perniagaan/agensi pengembaraan dan Institusi Latihan Pelancongan).
  • Mendaftar dan melesenkan pemandu pelancong.
  • Mendaftar dan melesenkan kenderaan pelancongan (bas persiaran dan kereta sewa pandu).
  • Mendaftar dan mengklasifikasikan premis penginapan pelancong.
  • Menjalankan urusan pendakwaan yang sewajarnya bagi kes-kes pelanggaran AIP 1992 dan APKP 1999 serta peraturan-peraturan di bawahnya oleh perusahaan pelancongan atau individu.
  • Menggubal dan mengemaskinikan perundangan yang berkaitan dengan industri pelancongan dari semasa ke masa.
  • Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang industri pelancongan dan peraturan-peraturan dibawahnya.
  • Memproses permohonan kemasukan pegawai dagang dalam perusahaan pelancongan.
  • Memproses permohonan penubuhan pejabat perwakilan pelancongan asing yang beroperasi di Malaysia.
  • Menjalankan tugas sebagai pemudah cara antara agensi kerajaan, swasta dengan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pelancongan.
  • Memberi khidmat nasihat dan galakan kepada individu atau organisasi yang menceburi perusahaan pelancongan.
  • Mengkaji semula sistem dan prosedur pelesenan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

PIAGAM PELANGGAN
  • Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen kepada syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOB/TAB) dalam masa 20 hari.
  • Menentukan proses kelulusan pembaharuan lesen kepada syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOB/TAB) dalam tempoh lima hingga lapan hari.
  • Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen bas persiaran dan kereta sewa dalam tempoh 20 hari.
  • Menentukan proses kelulusan pembaharuan lesen bas persiaran dan kereta sewa dalam tempoh tiga hari.
  • Menentukan proses pendaftaran premis penginapan pelancong dalam tempoh tiga hari.
  • Menentukan proses pengklasifikasian premis penginapan pelancong dalam masa 20 hari.
  • Menentukan proses kelulusan/pengeluaran lesen Institusi Latihan Pelancongan dalam tempoh 20 hari.
  • Menentukan proses pembaharuan lesen Institusi Latihan Pelancongan dalam tempoh dua hari.
  • Menentukan proses pengeluaran permit mengajar bagi Institusi Latihan Pelancongan dalam tempoh tiga hingga lima hari.
  • Menentukan proses kelulusan dan pengeluaran lesen pemandu pelancong dalam tempoh lima hari.
  • Menentukan proses pembaharuan lesen pemandu pelancong dalam tempoh lima hari.
  • Menentukan proses dan kelulusan pengecualian menggunakan pemandu pelancong dalam tempoh satu hingga dua hari.

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 19 November 2009 16:25
  Kementerian Pelancongan Malaysia,
Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra,
45 Jalan Tun Ismail, 50695 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan, MALAYSIA.

Telefon: 03-26937111
Faks: 03-26941146
E-mel: info@motour.gov.my
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval