|
Dasar, Perancangan dan Perhubungan Antarabangsa |
|
|
|
| Ditulis oleh Admin | Pada Jumaat, 01 Mei 2009 08:00 |
FUNGSI BAHAGIAN
- Menggubal dasar pelancongan dan merangka strategi pembangunan industri pelancongan negara.
- Memantau pelaksanaan Dasar Pelancongan Negara (DPN) yang berkaitan dengan aspek struktur organisasi, produk, pemasaran, guna tenaga, pengangkutan, petunjuk pelancongan, sosio budaya dan makro ekonomi.
- Menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan pelancongan.
- Merancang pembangunan produk baru pelancongan seperti pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan, pelancongan sukan, pelancongan layar, pelancongan desa, pelancongan khusus dan sebagainya.
- Membangunkan pangkalan data pelancongan dan Akaun Satelit Pelancongan Malaysia.
- Menggalakkan hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa dalam bidang kerjasama pelancongan dan promosi pelancongan
- Menyertai pelbagai forum kebangsaan dan antarabangsa untuk memajukan kepentingan Malaysia dalam bidang pelancongan.
- Menguruskan permohonan warga negara asing yang ingin tinggal di Malaysia di bawah Program Malaysia My Second Home (MM2H) serta berfungsi sebagai Pusat Sehenti bagi membolehkan warga negara asing mendapatkan maklumat tentang program ini serta khidmat nasihat tentang kehidupan di Malaysia.
- Memberi input dan pandangan kepada Kementerian / Jabatan / Agensi terhadap perkara yang melibatkan bidang pelancongan terutama tentang kemudahan masuk pelancong asing ke Malaysia
PIAGAM PELANGGAN
- Memproses permohonan Program Rumah Keduaku (MM2H) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
|
|
Terakhir dikemaskini pada Khamis, 19 November 2009 15:45 |