| Perutusan Menteri |
|
|
|
![]() MENTERI PELANCONGAN MALAYSIA YB. DATO' SRI DR. NG YEN YEN Selamat datang ke laman web Kementerian Pelancongan Malaysia. Bersyukur kita kerana industri pelancongan Malaysia kini menjadi penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia destinasi yang terunggul, terutama sekali untuk percutian dan pelancongan insentif. Pelbagai produk pelancongan yang menarik ditawarkan sepanjang tahun untuk dinikmati para pengunjung. Saya berasa amat bangga kerana Malaysia dianugerahi pelbagai aset dan tarikan yang memenuhi citarasa dan pilihan setiap pengunjung. Di samping itu, kita juga mempunyai perkhidmatan hospitaliti yang bertaraf antarabangsa, infrastruktur pelancongan yang moden serta sistem pengangkutan yang selesa. Negara kita yang kaya dengan masyarakat majmuk, makanan yang menyelerakan, destinasi pelancongan yang menarik, pelancongan eko, homestay, warisan sejarah, pantai dan pulau yang indah atau pusat beli belah yang moden segalanya boleh didapati di sini. Saya percaya bahawa maklumat-maklumat yang terkandung di dalam laman web ini dapat membantu memperkembangkan lagi industri pelancongan Malaysia. Maklumat-maklumat yang berguna tentang Malaysia dan Kementerian Pelancongan akan membantu pelancong-pelancong membuat perbandingan dan rujukan mereka. Akhir kata, saya berharap kedatangan pelancong ke Malaysia akan terus meningkat agar ekonomi negara kita juga bertambah maju, dan setiap rakyat Malaysia mendapat manfaat dalam jangka masa panjang. Sekian, terima kasih. |
| Terakhir dikemaskini pada Rabu, 09 September 2009 08:26 |




Perutusan Menteri


