Kalendar Aktiviti

< Mac 2010 >
 Isn  Sel  Rab  Kha  Jum  Sab  Aha 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
Cuti-Cuti 1Malaysia
Perkhidmatan Dalam Talian
down
Muat Turun Dokumen
Latest Video
Lesen Institut Latihan Pelancongan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Admin | Pada Jumaat, 01 Mei 2009 08:00

KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui langkah seperti berikut  :                                             
  BANTUAN  →  MUAT TURUN  →  PELESENAN.

GARIS PANDUAN BAGI PEMOHONAN LESEN INSTITUT LATIHAN PELANCONGAN (ILP)

Pemohon mestilah sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

• Modal berbayar minimum ialah RM200,000.00.

• Jumlah pegangan modal saham berbayar - Ekuiti Asing dihadkan kepada maksima 30%

• Nama Syarikat yang digunakan oleh syarikat hendaklah sesuai dan melambangkan sebuah Institusi Latihan Pelancongan 

• Kertas kerja hendaklah dikemukakan dalam satu (1) salinan atau dua (2) salinan jika dikemukakan ke Pejabat Pelesenan Wilayah. Kertas kerja tersebut perlu mengandungi maklumat sebagaimana dalam garis panduan yang telah ditetapkan.

• Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan satu (1) Borang 1 (Peraturan 3) atau dua (2 ) salinan jika di hantar ke Pejabat Pelesenan Wilayah.

• Menyertakan Fi proses sebanyak RM100.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk bank draf/kiriman wang/wang pos atas nama Persuruhjaya Pelancongan.

• Tempoh lesen yang dikeluarkan adalah sah untuk 1- 3 tahun .

• Bayaran fi lesen sebanyak RM1,500.00 (3 tahun pertama) hendaklah dikemukan selepas permohonan lulus, dalam bentuk bank draf / wang kiriman pos / wang pos di atas nama Pesuruhjaya Pelancongan.

MAKLUMAT PENUBUHAN INSTITUSI LATIHAN PELANCONGAN

• Syarat-syarat penyediaan ruang premis adalah sekurang-kurangnya 4000k.p. mengikut pecahan seperti berikut:

• Ruang Pejabat – 1,000k.p

• Bilik Kuliah – 2,000k.p. (4 buah x 500k.p.)

• Perpustakaan / A.V. Room / Kemudahan Lain (1,000k.p)

• Pemilikan – tidak berkongsi dengan perniagaan-perniagaan lain.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Satu (1) Salinan Akta Syarikat 1965 yang telah disahkan benar oleh Pejabat Pendaftar Syarikat.

Satu (1) Salinan Memorandum dan Tataurusan Syarikat

Satu (1) Salinan Borang 9 (Certificate of Incorporation of Private Company)

Satu (1) Salinan Borang 13 (Certificate of Incorporation on Change of Name of Company)

Satu (1) Salinan Borang 24 (Returned of Allotment of Shares)

Satu (1) Salinan Borang 25 (Statement Containing Particulars of Shares Alloted Ortherwise than For Cash)

Satu (1) Salinan Borang 32A – Form of Transfer of Securities.

Satu (1) Salinan Borang 49 (Return Giving Particlars in Register of Directors, Managers and Change of Particulars.

Satu (1) Salinan penyata bank di ataw nama syarikat bagi 3 bulan terakhir

Dua (2) keping Gambar berukuran pasport terkini bagi setiap Ahli Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham Modal

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

- Permohonan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, sebahagian daripada (Temerloh, Jerantut, Bera, Raub, Bentong, Kuala Lipis dan Cameron Highlands) dan sebahagian daripada negeri Perak, (Bandar Ipoh, Daerah Tanjung Malim, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Pulau Pangkor, Sitiawan dan Batu Gajah )

Bahagian Pelesenan,

Kementerian Pelancongan Malaysia,

Tingkat 33, Menara Dato' Onn,

PWTC, 45 Jalan Tun Ismail

50694 KUALA LUMPUR .

• Permohonan dari Kedah, Langkawi, Pulau Pinang, Perlis dan Perak Utara yang meliputi Bandar-bandar di Utara Ipoh (Daerah Taiping, Grik, Lenggong, Sg. Siput, Kampar dan Kuala kangsar dan Krian).

Pejabat Pelesenan Wilayah Utara,

Kementerian Pelancongan Malaysia,

Kompleks Pelancongan Negeri kedah,

Seksyen 20, Jalan raja,

05000 Alor Setar, KEDAH.

• Permohonan dari Kelantan, Terengganu, dan sebahagian Pahang (Bandar Kuantan, Daerah Pekan dan Maran )

Pejabat Pelesenan Wilayah Timur,

Kementerian Pelancongan Malaysia,

No. 5C & 5D, Wisma MPKT, Jalan Hiliran,

20300 Kuala Terengganu,

TERENGGANU.

• Permohonan dari Johor, Melaka dan sebahagian daripada Pahang, (Daerah Rompin, dan Pulau Tioman.

Pejabat Pelesenan Wilayah Selatan,

Kementerian Pelancongan Malaysia,

Aras 5-02, Tingkat 5 Bangunan JOTIC,

No. 2, Jalan Air Molek,

80000 Johor Bahru,

JOHOR DARUL TAKZIM.

• Permohonan dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pejabat Pelesenan Wilayah Sabah

Kementerian Pelancongan Malaysia,

Lot D6, 5B, Tingkat 6, Blok D,

Peti Surat No. 6, Bangunan KWSP,

49, Jalan Keramunsing,

88100 Kota Kinabalu,

SABAH.

Permohonan dari Sarawak.

Pejabat Pelesenan Wilayah Sarawak,

Kementerian Pelancongan Malaysia,

Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar,

Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, SARAWAK.

 

 

 

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 20 Oktober 2009 14:45
  Kementerian Pelancongan Malaysia,
Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra,
45 Jalan Tun Ismail, 50695 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan, MALAYSIA.

Telefon: 03-26937111
Faks: 03-26941146
E-mel: info@motour.gov.my
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval