Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak kandungan ini

Garis Panduan Permohonan Pendaftaran Projek Pelancongan

KRITERIA KELAYAKAN PROJEK PELANCONGAN

Permohonan setiap projek pelancongan adalah ditimbang mengikut meritnya dari masa ke semasa berpandukan kriteria dan ciri-ciri umum seperti berikut :
  1. Sasaran pasaran projek adalah tertumpu kepada pelancong-pelancong sama ada pelancong tempatan ataupun pelancong asing.
  2. Syarikat penganjur projek pelancongan itu hendaklah diperbadankan di Malaysia.
  3. Pakej-pakej pelancongan boleh diadakan kerana tarikannya yang tersendiri.
  4. Projek ini berupaya meningkatkan imej setempat serta mempelbagaikan kegiatan-kegiatan pelancongan (spin-off).
  5. Seni bina bangunan dan hiasan dalaman projek yang berunsurkan budaya tempatan adalah digalakkan.
  6. Projek ini tidak berunsur keahlian atau bersifat exclusive.
  7. Bagi projek penginapan, tiada syarat minimum length of stay, tiada konsep time-sharing atau pemilikan individu ke atas bilik-bilik penginapan dan tiada bahagian daripada projek penginapan tersebut dijual kepada individu atau disewa secara jangka panjang.
  8. Bagi projek bukan penginapan, pelaburan minima yang dibenarkan ialah RM10 juta, tidak termasuk kos tanah.
  9. Pembinaan projek mestilah siap sekurang-kurangnya 75%.
TATACARA PERMOHONAN
  1. Satu borang permohonan yang lengkap diisi dimajukan kepada :

    Ketua Setiausaha
    Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
    Bahagian Pembangunan Industri
    Tingkat 14, Menara 1
    No. 2, Jalan P5/6, Presint 5
    62200 Putrajaya

  2. Borang permohonan ini hendaklah disertakan bersama-sama dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah ini :
    • Surat rasmi syarikat yang mengemukakan permohonan.
    • Satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat. (Borang 9, Akta Syarikat 1965)
    • Satu salinan Memorandum dan Tata Urusan Syarikat (Memorandum and Articles of Association).
    • Satu salinan Borang 24 (Akta Syarikat 1965).
    • Satu salinan Borang 49 (Akta Syarikat 1965).
    • Satu salinan Penyata Kewangan Syarikat yang telah diaudit bagi tiga tahun terakhir.
    • Satu salinan hak milik tanah/geran tanah.
    • Satu salinan sijil/surat kebenaran mendirikan bangunan daripada pihak kuasa tempatan.
    • Gambar projek pelancongan/kawasan.
    • Kertas kerja projek.
  3. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tidak ‘terikat' untuk memaklumkan sebab-sebab penolakan permohonan.
  4. Kegagalan mematuhi arahan di para 2 akan menyebabkan permohonan ditolak.
  5. Permohonan yang diluluskan sebagai projek pelancongan tidak secara automatik melayakkan syarikat-syarikat berkenaan mendapat kelulusan untuk galakan/insentif-insentif pelancongan.
  6. Borang Permohonan Pendaftaran Projek Pelancongan adalah percuma dan tidak melibatkan apa-apa kos pendaftaran.
  7. Borang Pendaftaran Projek Pelancongan hendaklah ditaip.

Hit Terakhir Dikemaskini Kongsikan Kandungan Ini
15178 18 Jun 2013