Kalendar Aktiviti

< September 2010 >
 Isn  Sel  Rab  Kha  Jum  Sab  Aha 
  
1719
2021222324
   
Cuti-Cuti 1Malaysia
Facebook Fan
down
Web Mobile
down
Perkhidmatan Dalam Talian
down
Muat Turun Dokumen
down
Galeri Audio
down
Tender/Sebutharga
Latest Video
Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat Tahap 2 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Admin | Pada Jumaat, 01 Mei 2009 08:00
Bagaimana untuk menjadi seorang Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat?
  • Peluang untuk menjadi Pemandu Pelancong terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pelancongan dan alam semulajadi selain gemar berinteraksi dengan pelancong. Seseorang itu juga perlu mempunyai disiplin yang tinggi dan berpengetahuan luas mengenai ekopelancongan dan negara secara keseluruhannya. Calon dikehendaki untuk mengikuti Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat Tahap 2 yang dianjurkan oleh PERHILITAN (Semenanjung Malaysia) dan Institut Latihan Pelancongan terpilih (Sabah dan Sarawak). dan lulus peperiksaan oleh Kementerian Pelancongan.
Apakah kelayakan yang diperlukan?
  • Setiap calon yang berminat untuk mengikuti Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat Tahap 2 perlu mempunyai tahap pendidikan sekurang-kurangnya Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Calon yang mempunyai kelulusan akademik yang lebih rendah tetapi mempunyai pengalaman luas dengan keadaan hutan dan tempat pelancongan berasaskan alam semulajadi boleh dipertimbangkan dengan penilaian oleh Kementerian Pelancongan.
Apakah Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat Tahap 2?
  • Setiap calon perlu mengikuti kursus Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat Tahap 2 dalam tempoh minimum 2 minggu) sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan pemandu pelancong alam semulajadi yang diadakan oleh Kementerian.
Bagaimanakah Saya Boleh Memohon Untuk Mengikuti Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat Tahap 2 ini?
  • Calon yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh menghubung agensi dan Institut Latihan Pelancongan berikut untuk penerangan lanjut:

    Semenanjung Malaysia:

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
    dan Taman Negara (PERHILITAN)
    KM10, Jalan Cheras
    56100 Kuala Lumpur
    03-9075 2872 / 03-9075 2875
    Faks: 03-9075 2873
  • Atau Pejabat PERHILITAN di negeri masing-masing.

    Sabah dan Sarawak:

    Borneo Tourism Institute Sdn. Bhd
    7th Floor, Blok B, Wisma Kosan Likas
    88856 Kota Kinabalu, SABAH
    Tel : 088-43 3312
    Faks : 088-43 3780

    Asia Tourism Institute
    2nd & 3rd Floor, No 85, Jalan Gaya
    88000 Kota Kinabalu, SABAH
    Tel : 088-24 2633
    Faks : 088-24 2513

    INTI College
    Jalan Stampin Timur, P.O. Box 2571
    93350 Kuching, SARAWAK
    Tel : 082-462 046
    Faks : 082-461 694
Terakhir dikemaskini pada Rabu, 27 Mei 2009 12:01
  Kementerian Pelancongan Malaysia,
Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra,
45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan, MALAYSIA.

Telefon: 03-26937111
Faks: 03-26941146
E-mel: info@motour.gov.my
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval