Kalendar Aktiviti

< Mac 2010 >
 Isn  Sel  Rab  Kha  Jum  Sab  Aha 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    
Cuti-Cuti 1Malaysia
Perkhidmatan Dalam Talian
down
Muat Turun Dokumen
Latest Video
Kursus Meningkatkan Pengurusan Cekap Hotel Bajet PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Admin | Pada Jumaat, 01 Mei 2009 08:00
Apakah kursus Peningkatan Kecekapan Hotel Bajet ?

Kursus Kecekapan Hotel Bajet yang diadakan selama 3 hari adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pekerja barisan hadapan (frontliners) di premis penginapan sederhana untuk meningkatkan kualiti kemudahan dan perkhidmatan. Peserta akan didedahkan kepada latar belakang dan program pemasaran industri pelancongan, aspek kebersihan, undang-undang, layanan, keselamatan dan sebagainya.

Siapa perlu hadir ?

Semua pekerja barisan hadapan ( frontliners) di hotel bajet seperti perkhidmatan kaunter, penyambut tetamu, pelayan restoran, unit keselamatan dan sebagainya.


Kursus Pengurusan Hotel Budget

Kursus Pengurusan Hotel Bajett adalah kursus 3 hari yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing, kepimpinan dan pengetahuan pengusaha hotel bajet bagi meningkatkan kualiti pengurusan, strategi pemasaran serta daya saing dalam industri premis penginapan kelas sederhana. Kaedah latihan adalah menggunakan Sistem Pengurusan Hotel Bajet yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.


Siapa perlu hadir ?

Pengusaha, pemilik dan pengurus hotel bajet.


Bagaimanakan saya boleh menyertai kursus-kursus ini?

Kursus-kursus ini terbuka kepada ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia dengan kadar yang minimum. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada :

    Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA)
    No. 52, Tengkat Tong Shin
    50200 Kuala Lumpur

    Tel. : 03-2141 2313
    Faks: 03-2143 9313
    E-mel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Terakhir dikemaskini pada Rabu, 06 Mei 2009 17:22
  Kementerian Pelancongan Malaysia,
Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra,
45 Jalan Tun Ismail, 50695 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan, MALAYSIA.

Telefon: 03-26937111
Faks: 03-26941146
E-mel: info@motour.gov.my
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval