| Kursus Pengendalian Bot Pelancong |
|
|
|
| Ditulis oleh Admin | Pada Jumaat, 01 Mei 2009 08:00 |
|
Apakah Kursus Pengendalian Bot Pelancong? Kursus Pengendalian Bot Pelancong adalah anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dan Jabatan Laut yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan pengetahuan pihak-pihak yang terlibat dengan industri pengangkutan air. Matlamat kursus ini juga adalah untuk meningkatkan kesedaran dengan memberi tumpuan kepada aspek teknikal, keselamatan, pencegahan dan kaedah-kaedah pengendalian pelancong dan peralatan yang betul. Bila dan di mana ia diadakan? Kursus ini diadakan dengan kekerapan sekali setahun di mana-mana lokasi bersesuaian khususnya yang berkait rapat dengan aktiviti bot/feri pelancongan. Siapa perlu hadir? Pengusaha perkhidmatan bot pelancong, pemandu bot dan feri, pengusaha resort, dan individu yang terlibat secara langsung dalam industri pengangkutan air. |
| Terakhir dikemaskini pada Rabu, 06 Mei 2009 16:30 |




Kursus 

