Bahagian Pembangunan Industri

Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak kandungan ini

FUNGSI BAHAGIAN
  • Membangunkan dan memperkukuh struktur, fungsi dan peranan organisasi atau institusi yang berkaitan dengan industri perkhidmatan pelancongan bagi memantapkan perancangan dan pelaksanaan pembangunan pelancongan.
  • Mempertingkatkan dan mempelbagaikan produk, aktiviti, kemudahan dan perkhidmatan pelancongan berasaskan kekuatan dan keunikan sumber tempatan.
  • Membangunkan dan menggalakkan pelancongan domestik.
  • Membangunkan dan mempertingkatkan sumber manusia dalam sektor perkhidmatan pelancongan negara dengan meningkatkan kemahiran dan kecekapan sektor perkhidmatan pelancongan melalui kursus dan seminar.
  • Menggalakkan pelaburan pelancongan melalui penyediaan insentif, tabung pelancongan dan khidmat nasihat.
  • Menyediakan peraturan dan garis panduan bagi mempertingkat kualiti kemudahan pelancongan.

PIAGAM PELANGGAN
  • Memberikan khidmat nasihat dan perundingan bagi isu-isu berkaitan dengan Bahagian Perkhidmatan Pelancongan dalam masa tiga minit masa menunggu di kaunter.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Asas Pemandu Pelancong dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Tahap II dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
  • Mengeluarkan keputusan Peperiksaan Kursus Pengesahan Pemandu Pelancong dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh peperiksaan diadakan.
  • Menguruskan Pinjaman Dana Pelancongan dengan cara:
    a) Memproses dan memanggil pemohon membentangkan pembentangan permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
    b) Mengeluarkan keputusan permohonan dalam 7 hari bekerja dari tarikh pembentangan.
  • Mengeluarkan Sijil Pendaftaran Projek Pelancongan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan Surat Sokongan untuk mendapat insentif industri pelancongan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Mengeluarkan sijil kursus latihan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima laporan terakhir daripada penganjur, dengan syarat segala peraturan dan syarat kelayakan dipenuhi pada tarikh permohonan diterima.

Hit
Terakhir Dikemaskini
Kongsikan Kandungan Ini
10332 22 Februari 2011