Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak kandungan ini

Kursus Pemandu Pelancong

1. Apakah kelayakan minima untuk menjadi Pemandu Pelancong?
  • Tahap minima 6 subjek lulus termasuk Bahasa Malaysia di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon-calon yang mempunyai Sijil Malaysian Certificate of Education (MCE) sejak tahun 1978 perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang Industri Pelancongan. Calon-calon ini perlu ditemuduga oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
  • Sijil, Diploma dan Ijazah yang diperolehi perlu mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Bagi calon-calon yang tidak mempunyai kelayakan minima seperti di atas, tetapi memiliki pengalaman di dalam industri pelancongan sekurang-kurangnya 5 tahun, calon-calon ini masih boleh menduduki kursus setelah ditemuduga oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
2. Apakah proses untuk menjadi Pemandu Pelancong?
  • Berhubung dengan Institut Latihan Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Senarai Institut Latihan Pelancongan adalah seperti di senarai.
  • Hadir dan lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong selama 4 hingga 6 bulan.
  • Menduduki peperiksaan bertulis dan praktikal yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
  • Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan 30 hari bekerja selepas peperiksaan dijalankan.
  • Calon yang lulus Peperiksaan Kursus Asas Pemandu Pelancong akan mendapat surat dan sijil daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui Institut Latihan Pelancongan. Calon-calon ini dikehendaki menduduki Kursus Mesra Malaysia yang dikendalikan oleh Institut Latihan Pelancongan atau Persatuan Pemandu Pelancong Malaysia.
  • Calon-calon yang berjaya perlu menghantar dokumen-dokumen seperti di bawah kepada Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam masa 3 bulan selepas mendapat sijil Peperiksaan Kursus Asas Pemandu Pelancong daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia:
    • Sijil Kursus Asas Pemandu Pelancong
    • Sijil Mesra Malaysia
    • Sijil Kemahiran Malaysia
    • 1 keping gambar berukuran passport
    • 1 salinan kad pengenalan
    • 1 salinan resit keahlian Persatuan Pemandu Pelancong Negeri
    • Surat akuan terperinci daripada mana-mana hospital kerajaan / pengamal perubatan berlesen.
  • Lesen Pemandu Pelancong tempoh percubaan akan dikeluarkan dalam masa 5 hari selepas penghantaran dokumen.
  • Pemandu Pelancong perlu menduduki Kursus Pengesahan Pemandu Pelancong dalam masa 2 tahun tempoh percubaan dan mendapatkan 3 sijil Continuous Tourism Related Education (CTRE) untuk mendapatkan lesen Pemandu Pelancong Tetap.
  • 6 sijil CTRE wajib diambil dalam masa 2 tahun untuk memperbaharui lesen Pemandu Pelancong.
3. Berapakah yuran pembayaran untuk menyertai Kursus Pemandu Pelancong?
Yuran pembayaran adalah berbeza mengikut perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan oleh setiap Institut Latihan Pelancongan. Yuran pembayaran adalah di antara RM5,000.00 & RM6,000.00

4. Apakah peluang untuk memajukan kerjaya di dalam bidang Pemandu Pelancong?
Pemandu Pelancong sedia ada boleh menambahkan ilmu yang ada dengan mempelajari bahasa-bahasa asing dan menambah bahasa pemanduan supaya boleh memandu pelancong-pelancong asing. Pemandu Pelancong yang berkebolehan berbahasa asing amat diperlukan pada masa kini. Bagi Pemandu Pelancong yang berminat untuk melatih dan mengajar, dengan pengalaman yang cukup, mereka boleh menjadi pelatih dan pemeriksa untuk Kursus Pemandu Pelancong di Institut Latihan Pelancongan. Dengan adanya pengalaman dan modal yang mencukupi, Pemandu Pelancong juga boleh melibatkan diri di dalam perniagaan di dalam bidang pelancongan seperti agensi pelancongan, hotel dan resort.

5. Apakah perbezaan di antara Pemandu Pelancong Bandar dan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi?

Pemandu Pelancong Bandar Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat
Pemandu Pelancong Bandar boleh memandu pelancong di Bandar seluruh Malaysia. Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat hanya boleh memandu pelancong di sekitar kawasan alam semulajadi yang dipilih oleh mereka semasa mendaftar untuk mendapatkan lesen.
Menghadiri dan lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong untuk mendapatkan lesen Pemandu Pelancong Bandar. Tempoh kursus adalah selama 4 & 6 bulan dan dikendalikan oleh Institut Latihan Pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Menghadiri dan lulus Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat untuk mendapatkan lesen Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat. Tempoh kursus adalah selama 4 & 6 bulan dan dikendalikan oleh Jabatan PERHILITAN.
Warna lesen pemanduan adalah biru. Warna lesen pemanduan adalah hijau.

Hit Terakhir Dikemaskini Kongsikan Kandungan Ini
29774 16 Mei 2013